awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik premis ditumbuk, barang kemas lebih RM200,000 dilarikan

Bernama
Bernama
09/09/2021
15:13 MYT
Pemilik premis ditumbuk, barang kemas lebih RM200,000 dilarikan
Zainal Mohamed berkata polis sedang giat mengesan kesemua suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik sebuah kedai emas bukan sahaja kerugian lebih RM200,000 malah cedera di bahagian muka selepas premisnya disamun tiga lelaki di Simpang Tiga, Batu 6, Gombak di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, tiga lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh telah menyerbu masuk ke dalam kedai tersebut.
Beliau berkata seorang daripada suspek menunggu di pintu masuk utama premis sambil memegang sebilah parang manakala dua lagi mengambil pelbagai jenis barang kemas di bahagian rak pameran.
"Seorang daripada suspek juga menumbuk bahagian muka mangsa sebelum kesemua mereka melarikan barang kemas dengan menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Y15," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, ketika kejadian, pemilik premis yang juga wanita warga Indonesia berstatus pemastautin tetap berada bersama anak dan adik iparnya di dalam kedai tersebut.
Zainal Mohamed berkata polis sedang giat mengesan kesemua suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata.
Video kejadian itu yang berdurasi seminit turut tular di media sosial hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai emas
#samun
#Gombak
#Zainal Mohamed Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan