awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik stesen minyak didakwa perdaya ahli perniagaan RM2.3 juta

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2023
05:18 MYT
Pemilik stesen minyak didakwa perdaya ahli perniagaan RM2.3 juta
Tertuduh didakwa menggunakan dokumen-dokumen perjanjian palsu bagi memperdaya Hsein Loong. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang pemilik sebuah stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas empat pertuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan membabitkan kerugian RM2.3 juta, Jun lalu.
Tertuduh, Hanafi Husin bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Hanafi didakwa telah memperdaya ahli perniagaan Alan Sew Hsein Loong, untuk menyerahkan kepadanya RM2.3 juta.
Menerusi akaun syarikat milik tertuduh, dia didakwa menawarkan untuk menjalankan perniagaan minyak diesel secara sah.
Tertuduh yang berusia 39 tahun itu turut didakwa menggunakan dokumen-dokumen perjanjian palsu bagi memperdaya Hsein Loong.
Ia melibatkan surat persetujuan penjualan rampasan minyak diesel dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan, Johor, serta surat sokongan perlesenan LPG/produk petroleum dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, selain surat kapasiti tangki bawah tanah bagi produk diesel petrol dan sokongan membekal RON97 dan diesel bagi premis Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di syarikat milik tertuduh di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru pada 12 Jun 2022.
Pendakwaan kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kesemua pertuduhan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#pemalsuan dokumen
#pemilik stesen minyak
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan