awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor perkenan pembukaan DUN pada 20 April - Speaker
9,528 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - Saifuddin Nasution
17 pengarah syarikat direman, disyaki terlibat rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik syarikat tipu pakej perkahwinan lebih RM260,000 diburu polis

Bernama
Bernama
09/10/2018
03:45 MYT
Pemilik syarikat tipu pakej perkahwinan lebih RM260,000 diburu polis
Mohd Khalil berkata laporan polis diterima dalam tempoh empat hari sejak Jumaat membabitkan kerugian berjumlah RM263,094. -Gambar fail
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Abu Khamid Mohd Al Ghazali Palut, 29, yang dipercayai pemilik Syarikat Mahligai Impian Catering Sdn Bhd, beralamat di No 01-15 Akasia Suria, Jalan Residensi, Bandar Puncak Alam, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung 45 laporan polis yang dibuat terhadap syarikat itu.
Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata laporan polis itu diterima dalam tempoh empat hari sejak Jumaat membabitkan kerugian berjumlah RM263,094.
Katanya sebanyak empat kertas siasatan dibuka menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melibatkan daerah Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Kulai dan Kota Tinggi.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi DSP Azlan di talian 07-2254656 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Khamid Mohd Al Ghazali Palut
#Bandar Puncak Alam
#DSP Azlan
#kes penipuan
#Mohd Khalil Kader Mohd
#pakej perkahwinan
#perkahwinan
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#Syarikat Mahligai Impian Catering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan