MALAYSIA
Pemilikan Menara Ilham: SPRM rakam keterangan waris Daim

SPRM turut menyerahkan Notis Pengisytiharan Harta kepada 22 individu sebagai saudara dan sekutu rapat kepada bekas Menteri Kewangan itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan pemegang saham utama kepada Menara Ilham pada 14 Jun.
Ringkasan AI
- SPRM merakam keterangan ahli keluarga Tun Daim Zainuddin termasuk Toh Puan Naimah Khalid, Muhammed Amir dan Muhammed Amin berhubung pemilikan aset luar biasa berkaitan Menara Ilham.
- Seramai 22 individu menerima Notis Pengisytiharan Harta bermula 10 Julai 2025; Menara Ilham turut disita dan permohonan pelucuthakan telah difailkan.
- Suruhanjaya menegaskan siasatan dilakukan secara bebas dan berlandaskan undang-undang demi membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
“Ketiga-tiga individu ini merupakan pemegang saham utama Ilham Baru Sdn Bhd, syarikat yang memiliki majoriti saham dalam Ilham Tower Sdn Bhd dan dikenal pasti sebagai pemilik manfaat (beneficial owner) kepada Menara Ilham,” katanya.
SPRM turut menyerahkan Notis Pengisytiharan Harta kepada 22 individu sebagai saudara dan sekutu rapat kepada bekas Menteri Kewangan itu.
“Selaras dengan Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009, Notis Pengisytiharan Harta diserahkan bermula 10 Julai 2025 kepada seramai 22 individu,” katanya.
SPRM menegaskan bahawa tindakan-tindakan ini merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan Suruhanjaya untuk memastikan tiada unsur amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan kekayaan negara.
Tambahnya, suruhanjayaitu terus komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berlandaskan undang-undang, tanpa sebarang campur tangan atau kepentingan politik.
Untuk rekod pada 4 Jun, SPRM turut memperoleh perintah penyitaan terhadap Menara Ilham dan tindakan sitaan dilaksanakan pada 5 Jun 2025.
Permohonan pelucuthakan tanpa pendakwaan di bawah Seksyen 56, AMLATFPUAA 2001 telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Jun 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami