awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Dewan Perniagaan di Perak direman 2 hari

Bernama
Bernama
11/07/2017
03:28 MYT
Pemimpin Dewan Perniagaan di Perak direman 2 hari
Pegawai SPRM membawa seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan Perak ke Mahkamah Majistret hari ini, untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes rasuah. -- fotoBERNAMA
Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.
Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 4 petang semalam.
Setakat ini, pihak SPRM masih belum melakukan sebarang sitaan membabitkan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DPMM
#Mahkamah Majistret
#Rasuah
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan