KOTA MARUDU: Pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.
"Kita dalam kerajaan, khususnya di Jabatan Perdana Menteri, tidak tahu apa yang berlaku di luar... kita tidak tahu mana lagi rakyat yang berada dalam golongan miskin tegar.
"Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada pemimpin masyarakat dan agensi yang memberi kami laporan dan berdasarkan laporan berkenaan, kita akan turun padang mencari langkah penyelesaian untuk membantu mengeluarkan rakyat berkenaan daripada golongan miskin tegar," katanya.
Azman berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ziarah kasih ke sepuluh rumah daif di daerah ini bersama petugas Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Mengulas mengenai program itu, Azman berkata beliau bersama petugas ICU JPM berkunjung ke rumah daif yang telah dipilih untuk menyampaikan sumbangan makanan dan wang.
"Saya sangat terkejut kerana rumah yang didiami sepatutnya tidak boleh didiami. Ada rumah daif yang boleh didiami namun ini rumah daif yang tidak boleh didiami.
"Saya akan meminta laporan terperinci daripada pemimpin tempatan dan pejabat daerah agar dapat segera membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan MADANI khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini dan usaha itu hanya akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak khususnya pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Azman Abidin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di Kampung Tamisan Kota Marudu hari ini. - Bernama
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Pemimpin masyarakat perlu main peranan elak keluarga miskin tercicir bantuan
Maklumat akan disalurkan kepada agensi terlibat bagi memastikan proses penyaluran bantuan dapat diagihkan dengan sempurna.
PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.
Sarawak peruntuk RM60 juta biayai kos operasi JPBN tangani COVID-19
Beliau berkata ia selaras dengan prinsip bantu diri, bantu keluarga, bantu jiran, bantu masyarakat, kita jaga kita dan kita jaga Sarawak.
Masyarakat Iban digesa patuhi arahan kerajaan untuk sambutan Gawai yang selamat
Pemimpin masyarakat Iban diminta menjelaskan semua peraturan yang ditetapkan kerajaan kepada masyarakat, yang berada di bawah bidang kuasa mereka.
Perlu lantik pemimpin masyarakat untuk sentiasa tegur rakyat
Peranan komuniti ketika ini dilihat amat penting dalam memastikan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menyebabkan peningkatan kes COVID-19.
Saifuddin nafi PKR berpecah, mahu bergabung dengan UMNO
Setiausaha Agung PKR itu menganggap 'cerita' perpecahan PKR itu berpunca daripada keanggotaan parti sendiri.