awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin MCA sedia jalani proses saringan integriti - Wee

Bernama
Bernama
14/10/2022
20:40 MYT
Pemimpin MCA sedia jalani proses saringan integriti - Wee
Wee berkata pelbagai pihak khususnya pembangkang telah membuat kesimpulan bahawa pemimpin parti komponen BN perlu disiasat terlebih dahulu kerana rasuah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan MCA sedia menjalani proses saringan integriti dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat gejala rasuah atau salah laku, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Wee dalam kenyataan pada Jumaat berkata pelbagai pihak khususnya pembangkang telah membuat kesimpulan bahawa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu disiasat terlebih dahulu kerana rasuah, sebagai reaksi terhadap ucapan perasmian Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung MIC, Isnin lepas.
"Sebagai seorang yang waras dan mendengar sepenuhnya ucapan Zahid, yang menamakan beberapa pemimpin BN termasuk saya sendiri, jelas dibuat secara berseloroh.
"Apa yang lebih penting, beliau menekankan tentang penganiayaan politik yang bakal menanti pemimpin BN sekiranya BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.
Beliau berkata ucapan Ahmad Zahid tidak bermaksud pemimpin BN terlibat dalam kegiatan rasuah dan menyatakan tiada pemimpin MCA didakwa atas kesalahan tersebut selepas kekalahan BN pada PRU14.
Justeru, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat tuduhan tanpa sebarang bukti terutama bagi kepentingan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCA
#SPRM
#Wee Ka Siong
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan