KUALA LUMPUR: Pemimpin pelbagai parti politik hari ini senada untuk terus memberikan komitmen mencapai sasaran 30 peratus wanita sebagai calon dalam pilihan raya sekali gus menambah bilangan golongan itu dalam badan legislatif di negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata parti itu akan meletakkan lebih ramai calon wanita bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melebihi PRU14 sebelum ini.
"Saya yang akan tandatangan watikah calon PRU15, saya jamin jika perlu memilih calon wanita dan lelaki yang mempunyai kriteria sama, saya akan memilih wanita," katanya ketika menjadi ahli panel pada Forum Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Memacu Realiti Peningkatan Perwakilan Wanita Dalam PRU15 dan Badan Legislatif.
Forum rentas parti yang julung kali diadakan itu adalah anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.
Sementara itu, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga ahli panel pada forum itu, berkata Bersatu kebelakangan ini semakin terbuka dalam memberi ruang kepada wanita sebagai calon pilihan raya.
"Bersatu sendiri, 60 peratus terdiri daripada Srikandi manakala 40 peratus sayap utama dan Armada. Begitu ramainya wanita, kita akan perjuangkan supaya pucuk pimpinan memberi ruang kepada lebih ramai calon wanita bertanding pada PRU15 ini," katanya.
Sementara itu ahli panel, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, pula berkata BN mendahului usaha memperkasakan wanita malahan dalam politik mahupun pembuat keputusan.
"Bahkan kalau kita lihat hari ini, YB (Yang Berhormat) Rina dan Mas sendiri lahir daripada UMNO, kita serius dalam memperkasakan wanita, mungkin satu hari nanti, kita boleh gubal Akta 30 peratus wanita dalam Parlimen," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata apa sahaja pindaan perlembagaan dalam parti berkenaan tidak akan meminggirkan golongan wanita.
"Kita ada terima cadangan, untuk menambahkan jawatan naib presiden dan sekiranya keahlian bertambah, saya jamin jika ada pindaan, naib presiden keempat parti akan disandang oleh seorang wanita," katanya.
Untuk rekod, sejak 65 tahun kemerdekaan negara, jumlah kepimpinan wanita dalam badan legislatif negara tidak pernah melebihi 15 peratus iaitu 14.86 peratus di Dewan Rakyat, 11.42 peratus di Dewan Negara dan 11.57 peratus di Dewan Undangan Negeri (DUN).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Rina (duduk, empat kiri) bergambar bersama kepimpinan politik dan panelis selepas majlis perasmian Forum Kepimpinan Wanita Dalam Politik di Dewan Bankuasi, Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).