Banjir di Hatyai: Pelajar, pensyarah UUM masih terkandas

UUM sebelum ini memaklumkan bahawa operasi pemindahan 40 individu termasuk pensyarah universiti itu ke tempat selamat ditangguhkan ekoran hujan lebat di Hatyai. - Gambar fail
ALOR SETAR: Keadaan banjir di Hatyai, Thailand semakin buruk apabila air mula mencecah paras tingkat satu bangunan hari ini.
Ringkasan AI
- Air banjir di Hatyai, Thailand sudah mencecah tingkat satu bangunan, menyebabkan 35 pelajar UUM dan empat pensyarah terkandas di Hotel Wangburapa Grand.
- Konsulat Jeneral Malaysia telah hantar bekalan makanan terhad kepada mereka yang terkandas, dan operasi pemindahan telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.
- Seramai 40 pelajar dan pensyarah UUM terkandas sejak 22 Nov akibat banjir semasa mengikuti Program Pertukaran Budaya Thailand-Malaysia 2025 di Hatyai.
"Keadaan pelajar dan staf UUM masih selamat dengan sumber makanan terhad," katanya menerusi pesanan WhatsApp yang dikongsikan oleh universiti itu kepada media hari ini.
Beliau berkata Konsulat Jeneral Malaysia ada menghantar bekalan makanan namun terhad dan terpaksa berkongsi sesama mereka.
Semalam, UUM memaklumkan bahawa operasi pemindahan 40 individu termasuk pensyarah universiti itu ke tempat selamat ditangguhkan ekoran hujan lebat di Hatyai.
Menurut UUM, koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hatyai akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda.
Seramai 40 pelajar serta pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di Hatyai bagi mengikuti Program Pertukaran Budaya Thailand-Malaysia 2025 dan terkandas sejak 22 Nov lepas akibat banjir.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


