KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pemimpin yang diberikan mandat oleh rakyat perlu mempunyai keikhlasan tinggi untuk berkhidmat demi rakyat dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri.
Baginda bertitah ini kerana konflik dan budaya politik yang sempit secara berterusan hanya akan memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dan rapuh.
"Walaupun dalam kalangan kita wujud perbezaan agenda dan ideologi, namun beta yakin tentu ada persamaan terutama dalam agenda pembangunan dan kebajikan rakyat bagi membentuk negara yang lebih makmur," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Keputeraan Ke-75 baginda di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Tuanku Muhriz bertitah momentum pemulihan ekonomi Negeri Sembilan pada 2021 dilihat terus ampuh dengan pertumbuhan positif tiga peratus berbanding rekod penyusutan pada tahun sebelumnya, menerusi usaha proaktif kerajaan negeri menangani cabaran pasca COVID-19 serta penyusunan strategi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi secara inklusif.
Tuanku Muhriz turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya merekodkan pencapaian jumlah kutipan hasil yang begitu baik iaitu RM521 juta sepanjang 2022, melebihi sasaran awal sebanyak RM432 juta.
Namun titah baginda dalam kelegaan menikmati pertumbuhan ekonomi negeri yang semakin baik, prospek ekonomi dunia pada tahun ini dijangka suram serta bakal mengalami kelembapan, dengan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terkena tempias ketidaktentuan ekonomi global.
Baginda turut menyeru kepada semua sektor awam untuk meningkatkan lagi kecekapan tadbir urus, sistem penyampaian dan pengurusan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Seramai 540 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-75 baginda hari ini dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Razali Ab Malik dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir mendahului senarai penerima.
Kedua-dua mereka dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung dalam tiga sesi dengan sesi pertama pada hari ini melibatkan 109 penerima, sesi kedua pada 31 Jan dan sesi ketiga 7 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Baginda bertitah ini kerana konflik dan budaya politik yang sempit secara berterusan hanya akan memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dan rapuh. - Sumber foto FB Polis Negeri Sembilan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Aminuddin terima gelaran Datuk Seri Utama
Aminuddin yang juga pengerusi PH Negeri Sembilan dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Ubah fakta sejarah, nafikan hak generasi akan datang - Tuanku Muhriz
Rekod sejarah pemerintahan beraja yang lengkap amat penting untuk membantu negeri mempertahankan kedaulatan sistem beraja.
Ada pihak cuba ganggu-gugat kestabilan kerajaan - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.
Pemimpin perlu ikhlas, letak kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri - Tuanku Muhriz
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pemimpin yang diberikan mandat oleh rakyat perlu mempunyai keikhlasan tinggi untuk berkhidmat demi rakyat, antara lain.