awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminjam PTPTN harus tampil sebelum tindakan penguatkuasaan diambil

Anthea Yap
Anthea Yap
16/02/2016
00:53 MYT
Peminjam PTPTN harus tampil sebelum tindakan penguatkuasaan diambil
SHAMSUL ANUAR: PTPTN akan terus mengamalkan sikap mersa pelanggan tetapi jika kita tidak mempunyai pilihan lain, maka kita terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan.
Seramai 662,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang mereka setakat Disember tahun lalu.
Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, kumpulan peminjam itu digesa untuk tampil mendapatkan khidmat nasihat pengurusan kredit sebelum tindakan tegas diambil.
Menurut Shamsul, peminjam boleh menerima khidmat nasihat melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Katanya, ia bagi membantu peminjam menstrukturkan semula membiayai ansuran bulanan mengikut kemampuan mereka.
"PTPTN akan terus mengamalkan sikap mesra pelanggan tetapi jika kita tidak mempunyai pilihan lain, maka kita terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan sebagaimana yang diambil oleh insitusi kewangan lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara PTPTN dengan AKPK di Menara PTPN di sini pada Isnin.
Seramai 1.8 juta peminjam PTPTN masih belum membuat pembayaran balik dengan jumlah hutang mencecah RM15.3 bilion sehingga Disember 2015.
Sepanjang tempoh itu, PTPTN telah berjaya mengutip RM7.1 bilion daripada 1.2 juta peminjam, iaitu hampir 47 peratus.
Topic Berkaitan
#bayar hutang PTPTN
#peminjam ptptn
#Shamsul Anuar Nasarah PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan