awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya elak pendakwaan politik - Azalina

Bernama
Bernama
14/01/2026
10:19 MYT
Pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya elak pendakwaan politik - Azalina
Kata Azalina, langkah itu memperkukuh akauntabiliti institusi undang-undang khususnya melibatkan kebertanggungjawaban AG sebagai penasihat undang-undang negara. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemisahan bidang kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dapat memastikan proses pendakwaan negara lebih bebas daripada pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata langkah itu juga memperkukuh akauntabiliti institusi undang-undang khususnya melibatkan kebertanggungjawaban AG sebagai penasihat undang-undang negara.
"Yang lebih penting adalah peranan AG untuk kebertanggungjawaban dalam Mesyuarat Kabinet dan di Parlimen. Itulah matlamat utama.
"Kalau tidak, saya jawab bagi pihak (AG) dan setiap kali saya jawab, saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut daripada jawapan yang telah saya terima," katanya.
Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian pada majlis makan tengah hari bersama editor-editor media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menjadi perundangan pertama dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 19 Jan ini.
Dalam pada itu, Azalina berkata perbincangan pihaknya dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menunjukkan sokongan menyeluruh terhadap undang-undang berkenaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemisahan kuasa
#Peguam Negara
#pendakwa raya
#pendakwaan politik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan