awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia
DUNIA
Trump ugut usir Musk ekoran perselisihan berterusan
MALAYSIA
PTPTN peruntuk RM47.8 juta wang pendahuluan bagi sesi Julai 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pemuda 21 tahun menang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta

Bernama
Bernama
06/03/2021
08:41 MYT
Pemuda 21 tahun menang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta
Seorang pemuda berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa Bank Simpanan Nasional SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemuda berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa BSN SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta, demikian umum BSN hari ini.
BSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemuda berkenaan yang memenangi Cabutan Istimewa BSN SSP pertama bagi 2021 merupakan pemenang termuda sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan pada 2014.
Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan seramai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.
Cabutan ini diadakan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.
"Saya berharap agar rakyat Malaysia terus menyimpan bersama BSN SSP yang merupakan produk simpanan unik patuh Syariah.
"Ini kerana, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, anda juga dapat menikmati kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun yang mana ia adalah sama dengan kadartetap di bank lain," kata Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil dalam kenyataan itu.
Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BSN
#SSP
#Sijil Simpanan Premium
#Bank Simpanan Nasional
#Cabutan Istimewa BSN SSP
#pemuda 21 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami