awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda MIC cadang kadar GST 3% untuk lima tahun pertama

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2013
09:28 MYT
Pemuda MIC cadang kadar GST 3% untuk lima tahun pertama
Pemuda MIC mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada kadar 6% dan memperkenalkannya sebagai permulaan pada kadar 3% bagi tempoh lima tahun pertama.
Ia juga mahu kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen bagi mengawasi pelaksanaan cukai berkenaan yang akan bermula pada 1 April 2015.
Dua cadangan itu adalah antara lima cadangan yang dikemukakan oleh sayap pergerakan MIC itu dalam memorandumnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.
"Kami bimbang pelaksanaan kadar 6% GST ini akan menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan yang tinggi," kata exco pergerakan itu, P. Punithan dalam memorandum berkenaan yang diedarkan kepada media, hari ini.
Pergerakan Pemuda MCA sebelum ini mengemukakan cadangan yang hampir sama iaitu meminta kerajaan menurunkan kadar GST kepada 4% serta memperbanyakkan barang-barang yang dikecualikan GST bagi meringankan beban rakyat.
Dalam memorandumnya, sayap pergerakan MIC itu juga meminta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen bagi mengkaji semula perjanjian konsesi tol antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya serta perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP).
Ia juga mahu kerajaan menangguhkan sebarang kenaikan kadar tol dan kenaikan tarif elektrik sehingga kajian semula perjanjian-perjanjian tersebut siap.
Pemuda MIC juga mahu Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengkaji semula semua perjanjian yang dibuat dengan aap-apa juga syarikat bekalan bagi tujuan pengurangan kos dan penjimatan.
Selain itu, ia juga menyarankan kepada kerajaan untuk mengambil langkah-langkah mengurangkan kos di peringkat pentadbiran persekutuan secara drastik sebagai langkah penjimatan.
Najib pada Isnin mengumumkan 11 langkah penjimatan kerajaan termasuk memotong 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri.
Menurut Punithan, Pemuda MIC menghantar memorandum itu kerana percaya pelaksanaan GST, kenaikan tol dan tarif elektrik akan memberi kesan secara langsung kepada kenaikan harga barangan lain.
Dalam pada itu, Pemuda MIC mengalu-alukan langkah kerajaan menubuhkan makmal bagi mengkaji kos sara hidup rakyat tetapi pada masa sama meminta sebuah makmal ditubuhkan bagi mengawal segala perbelanjaan dan perjanjian yang memudaratkan kerajaan persekutuan.
Topic Berkaitan
#GST
#kos sara hidup
#MIC
#tarif elektrik
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan