JASIN: Seorang juruteknik kilang yang juga pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) maut dalam nahas bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, Amirul Anwar Mohamed, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Khairiah Abdul Razak.
Mengikut pertuduhan, pemuda berkenaan didakwa memandu kenderaan secara melulu atau dengan
merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 46.
Kesalahan itu dilakukan sekitar pukul 7.45 pagi di Jalan Serkam Pantai - Merlimau, di sini, pada 6 Jun lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) yang memperuntukkan hukuman penjara minima lima tahun dan maksima 10 tahun dan denda antara RM 20,000 hingga RM 50,000.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 serta menggantung lesen memandu tertuduh.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadzlullah Ramlee bagaimanapun merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh menjaga ayahnya yang kurang sihat.
Tambahnya, kesalahan dilakukan tertuduh juga berkemungkinan di luar jangka memandangkan keluar lewat malam bukan budaya kebiasaanya.
Siti Khairiah dalam penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 dengan dua penjamin serta mengarahkan lesen memandu lelaki itu digantung sepanjang perbicaraan berjalan.
Mahkamah turut menetapkan 29 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang, dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri yang menunggang Yamaha Ego meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Pasangan itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dari arah Merlimau terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggangi mangsa.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 14 2022
Seorang juruteknik kilang yang yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) maut dalam nahas bulan lalu, dihadapkan ke mahkamah hari ini. - Gambar Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Pemuda nafi pandu melulu sebabkan kematian pasangan OKU
Tertuduh merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan menjaga ayahnya yang kurang sihat.