NATIONAL
Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia. - Gambar fail/Facebook
SHAH ALAM:Pemuda Pas seluruh negara diminta mendirikan solat hajat pada Selasa memohon Allah SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia.
“Semoga Ayoh Chik (Abdul Hadi) dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala, Ameen,” katanya di Facebook pada Selasa.
Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan, jam 9.50 malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami