Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi

Sinar Harian
Februari 16, 2021 04:10 MYT
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia. - Gambar fail/Facebook
SHAH ALAM: Pemuda Pas seluruh negara diminta mendirikan solat hajat pada Selasa memohon Allah SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia.
“Semoga Ayoh Chik (Abdul Hadi) dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala, Ameen,” katanya di Facebook pada Selasa.

Mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia ini, saya mengarahkan kepada semua Pemuda PAS seluruh Malaysia untuk...

Posted by Ir. Ts. Khairil Nizam on Monday, 15 February 2021
BACA: Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang
BACA: Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan, jam 9.50 malam.
#Abdul Hadi Awang #Presiden Pas #Hadi dikejarkan ke hospital #Ketua Pemuda PAS #Khairil Nizam Khirudin