awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda Pas Johor kecam penglibatan syarikat arak di sekolah

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/07/2025
09:35 MYT
Pemuda Pas Johor kecam penglibatan syarikat arak di sekolah
Ahmad Mahfodz berkata, kejadian itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah memberi kesan negatif kepada generasi muda terutama pelajar.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan insiden syarikat arak menganjurkan aktiviti lelongan arak di sebuah dewan sekolah rendah di Johor, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Dewan Pemuda Pas Johor mengecam penganjuran lelongan arak di sebuah dewan sekolah rendah, menyifatkannya sebagai mencemarkan imej institusi pendidikan dan memberi kesan negatif kepada pelajar serta jati diri generasi muda.
  • Ketua DPPNJ, Ahmad Mahfodz, menegaskan tindakan itu melanggar pekeliling Kementerian Pendidikan dan menyeru siasatan menyeluruh serta tindakan tegas terhadap pihak yang cuai menjaga integriti sekolah.
  • DPPNJ turut menyelar kenyataan ADUN Pekan Nanas yang mempertahankan acara tersebut, sambil menekankan pentingnya pendidikan moral dan akhlak tidak digadaikan demi kepentingan kewangan atau politik.

Ketuanya, Ahmad Mahfodz berkata, kejadian itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah memberi kesan negatif kepada generasi muda terutama pelajar.
"Sekolah bukan sekadar tempat belajar, tetapi juga pusat pembentukan jati diri.
"Segala bentuk promosi budaya negatif, walaupun tidak langsung, perlu ditolak,” tegasnya menerusi kenyataan media pada Jumaat.
Ahmad Mahfodz berkata, tindakan itu jelas melanggar pekeliling Kementerian Pendidikan dan mencemarkan institusi pendidikan negara yang sepatutnya menjadi tempat mendidik anak bangsa.
"Jangan gadai masa depan anak kita hanya kerana wang ringgit.
"Siasatan menyeluruh perlu dijalankan terhadap sekolah yang terlibat, tindakan lebih keras perlu diambil terutama kepada mereka yang cuai atau gagal menjaga integriti dan imej institusi pendidikan.
"Pendidikan nilai moral dan akhlak perlu diberi keutamaan dalam sistem pendidikan dan tidak seharusnya digadaikan semata-mata demi kepentingan sendiri," tegasnya.
DPPNJ turut menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng yang mempertahankan aktiviti lelongan arak tersebut dengan menyatakan bahawa tiada pelajar atau guru yang terlibat.
Jelasnya,kenyataan itu seolah-olah meremehkan isu dan mengabaikan sensitiviti masyarakat.
Sebelum ini, tular insiden kekecohan sekumpulan lelaki membaling kerusi ke arah pentas, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan harga arak yang dilelong dalam satu majlis makan malam amal.
Susulan itu, seramai 18 lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 48 tahun telah ditahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Shofee Tayib dilaporkan berkata, empat individu telah mengaku bersalah dan didenda RM700 setiap seorang atas kesalahan menyebabkan pergaduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, empat belas lagi individu dibebaskan dengan jaminan dan tiada tindakan diambil terhadap penganjur.
Topic Berkaitan
#Lelong Arak
#Sekolah tempat lelongan arak
#Institusi pendidikan tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan