awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO desak TNB tawar rebat khas El Nino

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/04/2016
07:29 MYT
Pemuda UMNO desak TNB tawar rebat khas El Nino
KHAIRUL AZWAN: Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk. - Gambar fail
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dalam satu kenyataan mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat ‘one off’ bagi setiap bulan sepanjang fenomena El Nino ini bagi mengurangkan beban rakyat.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El Nino yang melanda sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di negeri-negeri Utara Semenanjung ekoran cuaca panas yang melampau.
"Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk.
"PPUM beranggapan (desakan) ini adil kerana TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, TNB dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, cuaca panas terik dan kering berpanjangan telah mengakibatkan peningkatan penggunaan elektrik di negara ini.
Menurut kenyataan itu, permintaan tertinggi elektrik di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan pada 17,788 MW pada 20 April, iaitu peningkatan sebanyak 37.82 peratus berbanding pada 1 Januari di mana bacaannya mencatat 12,906 MW.
Dalam pada itu tegas Khairul Azwan, sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga adalah tidak sesuai kerana mustahil rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak.
"Kita juga mendesak TNB untuk segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas ini bagi kepentingan rakyat," jelasnya.
Kenyataan media NKPUM @azwanbro mendesak TNB beri rebat khas sempena El-Nino. @Khairykj @NajibRazak @Zahid_Hamidi pic.twitter.com/Pe1XH0vPaO
— PPUM Online (@PPUMOnline) April 22, 2016
Akaun Facebook TNB Careline beberapa hari ini menjadi mangsa rasa tidak puas hati di kalangan pengguna akibat bil elektrik yang didakwa melambung tinggi.
Lebih menaikkan kemarahan pengguna adalah apabila TNB memberikan alasan musim cuaca panas atau El Nino yang melanda negara sebagai punca kenaikan tersebut.
Topic Berkaitan
#aduan
#PPUM
#TNB
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan