IPOH: Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan membantu pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini yang dikatakan dikompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka.
Pengerusi Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaannya, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan.
Menurutnya, mereka dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar berkenaan sangat terkejut dengan tindakan saman kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tersebut.
“Kehadiran pihak berkuasa tersebut sepatutnya tertumpu kepada isu lain di Matrikulasi berkenaan namun sebaliknya pula yang berlaku.
“Ia telah menyebabkan tekanan, gangguan emosi dan psikologi kepada mereka yang sudah lima bulan berada di dalam kawasan asrama atau kampus dan tidak dibenarkan keluar sama sekali,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya malam tadi.
Faridzul Azlan yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, pihaknya tiada niat untuk mempertahankan sesiapa atau mendakwa sesiapa dan jauh sekali hendak menghukum mana-mana pihak.
“Cuma harapan kami, suatu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam usaha mengimbangi penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam menjalankan tugas dengan keadaan semasa pelajar yang berkenaan,” ujarnya.
Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Difahamkan pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah satu cafe di situ.
Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin walaupun cafe yg terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Astro AWANI cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Jabatan Kesihatan Perak sejak Isnin tetapi belum berjaya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 20 2021

Pihak KKM dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu. - Foto Facebook/Faridzul Azlan

Mejar Mazlina cuai tapi saya yang kena: Ahmad Zahid
"Adakah ini satu keadilan?"

Hoki Piala Asia 2022: Skuad The Speedy Tigers belasah Oman 7-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan aksi pembukaan Kejohanan Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia dengan penuh bergaya selepas membelasah Oman 7-0, hari ini.

Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.

Bola Sepak | TMJ cabar Sanusi dedah individu ‘kawal’ Liga Malaysia
Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini. Menerusi ciapan akaun Twitter pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen negara tamatkan saingan Sukan SEA ke-31 di Hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran badminton dan Muay Thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka merupakan See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

PM berbuka puasa bersama kepimpinan Pemuda, Puteri UMNO Bahagian
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Semua 2,666 perwakilan Pemuda mesti hadir PAU Khas - Ahmad Maslan
Ia antara beberapa keputusan utama Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 14 April lalu.

Ikmal Hazlan kritik Syed Saddiq 'pertikai' usaha martabat Bahasa Melayu
Kerisauan Ahli Parlimen Muar itu bahawa usaha tersebut hanya sebagai langkah untuk meraih sokongan bagi pilihan raya akan datang hanyalah polemik politik semata-mata.

PAU 2021: Mustahil UMNO boleh kuat, menang kalau ahli bergaduh sesama sendiri
Disebabkan itu pemilihan parti perlu diadakan selepas pilihan raya bagi menjamin kekuatan barisan UMNO.

PAU2021: UMNO tidak gila kuasa - Asyraf Wajdi
Itu antara petikan kata-kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PAU2021 pada Khamis.

PAU2021: Selepas Puteri, Pemuda UMNO juga cadang pemilihan parti selepas PRU
Cadangan itu senada dengan Puteri UMNO yang turut membangkitkan perkara sama, disampaikan melalui Ketua Puterinya, Datuk Zahida Zarik Khan pada Khamis.

PAU2021: Mulakan penjernihan budaya politik, tanam rasa jijik terhadap rasuah - Asyraf Wajdi
Kerajaan yang dibentuk tanpa integriti dan berkiblatkan kerakusan kuasa hanya akan mewujudkan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat.

UMNO tidak boleh bergantung harap lagi kepada kasihan dan belas orang lain - Shahril Hamdan
Shahril menjelaskan UMNO perlu berdiri sendiri dan mesti yakin dengan visi untuk Malaysia.

PAU 2021: UMNO perlu berhenti bergantung kepada parti lain - Mohamad Hasan
Mohamad menegaskan UMNO tidak perlu bergantung kepada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan sebagai talian hayat dan nyawa simpanan.

PAU 2021: Perpecahan dalam UMNO dicaturkan pemimpin parti sendiri - Tok Mat
Menurut Mohamad budaya yang dibawa oleh sesetengah pemimpin UMNO itu boleh merencatkan parti itu daripada menjelmakan potensi sebagai parti terkuat orang Melayu.