KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menempelak Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker agar tidak bermain dengan isu perkauman demi kepentingan politik sendiri apabila mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari depan.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.
“Pemuda UMNO tidak akan sama sekali berganjak pendirian mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara
“Dan jangan lupa, kamu dapat jawatan senator itu juga daripada Perdana Menteri yang datangnya dari orang Melayu. Cermin diri sendiri,” katanya di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, Lian Ker ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara meminta kerajaan tidak meneruskan program berkenaan sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.
Ujar bekas Naib Presiden MCA itu, sudah tiba masa Kongres Ekonomi Bumiputera tidak lagi ditunggang bagi meraih keuntungan politik atau dijadikan sebagai platform pihak oportunis mengambil kesempatan.
Kata beliau, ia bukan langkah untuk menidakkan hak orang Melayu tetapi setelah lebih 50 tahun, negara masih lagi mengadakan majlis Kongres Ekonomi Bumiputera bersiri-siri yang gagal mencapai matlamat.
Sehubungan itu, Akmal menjelaskan, kongres berkenaan bertujuan untuk memberi penambahbaikan kepada ekonomi bumiputera termasuk Sabah, Sarawak dan Orang Asli yang mana ini adalah majoriti kaum di negara ini.
“Penambahbaikan ekonomi bumiputera tidak pernah mengambil hak kaum lain malah memberikan kebaikan kepada situasi negara ini secara keseluruhan.
“Malah kedudukan ekonomi bukan bumiputera masih lagi mengukuh di negara ini sejak dari dulu lagi,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023
Dr Muhamad Akmal menempelak Lian Ker.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.