awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024

Bernama
Bernama
01/11/2021
11:58 MYT
Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab menyampaikan ucapan pada Pelancaran Pemulih Siberkasa On-The-Job Training (OJT) Kick- Off Day di Menara Cyber Axis hari ini. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Beliau berkata Pemulih SiberKASA diperkenalkan selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memulih dan mengukuhkan kembali ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19, serta Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 yang dilancarkan pada Jun lepas.
Beliau berkata CyberSecurity, sebuah pusat pakar teknikal keselamatan siber di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), yakin peserta yang dilahirkan melalui program yang melibatkan peruntukan RM2.7 juta itu adalah kompeten dan mampu memenuhi keperluan pelbagai industri.
CyberSecurity menerima 549 permohonan daripada individu yang mempunyai latar belakang teknologi maklumat (IT) serta terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti hilang pekerjaan dan tiada punca pendapatan termasuk siswazah yang masih belum bekerja sejak program itu dibuka pada Julai lepas (2021), katanya
Daripada jumlah permohonan itu, seramai 200 peserta terpilih untuk menjalani siri latihan pensijilan keselamatan siber selama setengah bulan sebelum melakukan latihan semasa kerja (OJT) untuk tempoh dua bulan setengah di 25 syarikat yang mengambil bahagian, katanya.
"Selain memberi peluang kerjaya, kesemua peserta yang dilahirkan daripada program ini berupaya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif keselamatan siber di organisasi masing-masing," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pemulih SiberKASA OJT Kick-Off Day di sini pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemulih SiberKASA
#CyberSecurity Malaysia
#keselamatan siber
#Dr Amirudin Abdul Wahab
#PEMULIH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan