awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air lebih awal daripada jangkaan - Azmin

Anthea Yap
Anthea Yap
22/12/2016
07:59 MYT
Pemulihan bekalan air lebih awal daripada jangkaan - Azmin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya berkata status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat telah selesai 100% bagi Zon 1 dan 99.5% bagi Zon 2. - Astro AWANI / Shahir Omar
Pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka berjaya dilaksanakan Air Selangor dalam tempoh tiga hari berbanding jangkaan awal enam hari dan siap sepenuhnya sebelum sambutan Krismas hujung minggu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya berkata status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat telah selesai sepenuhnya bagi Zon 1 dan 99.5 peratus bagi Zon 2.
Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima setakat jam 7 pagi ini, Air Selangor telah berusaha sepanjang waktu bagi menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas.
"Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor dalam menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas kepada pengguna khususnya pada musim perayaan dan cuti sekolah," katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan program galakan kakitangan kerajaan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja sekali seminggu di sini hari ini.
Zon terbabit melibatkan kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Manakala kawasan Klang yang hanya masih berada pada tahap 96 peratus pemulihan.
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur berlaku secara berperingkat sejak 8 pagi Isnin lepas berikutan kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bukit Badong, Kuala Selangor, mengakibatkan loji-loji rawatan air utama ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#bekalan air
#isu air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan