awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemutus rantaian rasuah perlu untuk hentikan rasuah jadi kebiasaan - Rafidah

Bernama
Bernama
03/09/2020
20:53 MYT
Pemutus rantaian rasuah perlu untuk hentikan rasuah jadi kebiasaan - Rafidah
Rafidah berkata rasuah mesti dianggap sebagai suatu perbuatan jijik, memalukan, tidak dapat dimaafkan, berdosa dan mesti ditolak. - Gambar fail
Pemutus rantaian rasuah nasional diperlukan untuk menghentikan amalan rasuah daripada menjadi kebiasaan, kata veteran politik Tan Sri Rafidah Aziz.
Pemutus rantaian adalah gabungan pelbagai faktor termasuk pemahaman yang luas mengenai rasuah dan proses pendidikan, menjalin budaya antirasuah serta menghukum mereka yang terlibat dalam rasuah, katanya.
"Jika semua ini ada, ia akan memperlahankannya dalam waktu yang lebih singkat dan menjadi luar kebiasaan, bermakna jarang sekali berlaku, bukan budaya. Kebimbangan utama kita seharusnya, setelah menjadi budaya, norma di mana semua orang melakukan dan memperakuinya," kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
Bercakap pada 'Dialog Kepimpinan: Ke Mana Hala Tuju Malaysia' di Forum Antirasuah Malaysia kedua di sini, Rafidah berkata memerangi rasuah perlu menjadi usaha kolektif yang melibatkan semua orang kerana ancaman itu telah meluas.
"Membasmi rasuah perlu ada kefahaman tentang apa yang betul dan salah. Contoh ada yang kata selagi belum ditangkap polis maka curi itu tidak salah. Itu tidak betul.
"Macam rasuah, kalau dah ambil rasuah dalam apa bentuk apa pun, dalam undang-undang rasuah itu salah. Menerima salah, memberi salah tapi tidak kena tangkap," katanya.
Bagi mendidik orang ramai, beliau berkata rasuah mesti dianggap sebagai suatu perbuatan jijik, memalukan, tidak dapat dimaafkan, berdosa dan mesti ditolak.
"Kalau ada kefahaman itu, saya rasa lebih mudah kita banteras (rasuah) kerana anak muda, anak cucu kita faham bila dia besar akan ingat usaha hendak didahulukan bukan menerima wang dengan cara mudah. Ini semua soal nilai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebiasaan
#Malaysia
#pemutus rangkaian
#pendidikan
#politik
#Rafidah Aziz
#Rasuah
#tindakan tegas
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan