awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2023
07:00 MYT
Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali
Imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR: ASTRO AWANI menafikan mempunyai kaitan dengan imej tular di media sosial bahawa kononnya melaporkan tentang kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.
Menerusi imej yang ditularkan di platform media sosial terutamanya WhatsApp, ucapan takziah itu didapati merupakan suntingan grafik yang biasa digunakan di laman web Astro AWANI apabila melaporkan mengenai individu yang telah meninggal dunia.
Ternyata imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu bukan dari laporan pihak kami, dan dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pada pagi Khamis (27 Januari), Astro AWANI hanya melaporkan tentang seorang lelaki tempatan iaitu bekas pegawai khas kepada bekas ADUN Batang Kali, yang ditemukan meninggal dunia akibat sakit jantung di dalam sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, Rawang di Selangor.
BACA: Bekas pegawai khas ADUN Batang Kali meninggal dunia akibat sakit jantung
Orang ramai diminta merujuk kepada laman web rasmi www.astroawani.com untuk mendapatkan berita yang sahih, terkini dan komprehensif.
Topic Berkaitan
#laporan palsu
#ADUN batang kali
#Astro Awani
#Penafian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan