awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan aktivis tekan kebebasan bersuara, ekspresi - Anwar Ibrahim

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/04/2021
04:44 MYT
Penahanan aktivis tekan kebebasan bersuara, ekspresi - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap dan tindakan kerajaan dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan jelas membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penahanan aktivis Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah membimbangkan serta usaha melampau menekan kebebasan bersuara dan berekspresi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap dan tindakan kerajaan dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan jelas membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.
“Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.
“Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
[TERKINI] DSAI | Penahanan melampau, tekan kebebasan bersuara
Pada Jumaat, aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sehari selepas itu, Fahmi dibebaskan dengan jaminan polis.
BACA: Isu hina Raja Permaisuri Agong, Fahmi Reza direman sehari
Sementara Mukmin Nantang pula ditangkap setelah ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan mengadakan perhimpunan pada 24 April di sempadan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya di Tawau.
Perhimpunan itu diadakan bagi menggesa kerajaan tidak melanjutkan PKPD di kawasan itu.
Mukimin Nantang menghadapi tuduhan bawah tiga tindakan undang-udang, iaitu, Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 188 Kanun Keseksaan mengenai menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 25 Ordinan Darurat yang memperuntukkan kompaun denda sebanyak RM10,000.
Mengulas lanjut penahanan dua aktivis tersebut, Presiden PKR itu juga menggesa kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat ketika ini.
“Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#kerajaan
#presiden
#pembangkang
#rakyat
#kebebasan bersuara
#berekspresi
#Fahmi Reza
#Mukmin Nantang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan