KUALA LUMPUR : Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, persiapan bagi mengadakan PRN kebiasaannya diadakan dalam tempoh tiga minggu.
“Saya menjangkakan PRN Sarawak akan diadakan pada 27 November atau 4 Disember dan ini bermakna PRN boleh dilaksanakan sebelum menjelang tahun depan.
“Mengikut percaturan, persiapan untuk mengadakan PRN mengambil masa sekitar 24 atau 27 hari maka berkemungkinan PRN bakal dilaksanakan pada tarikh tersebut,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan
BACA: PRN Sarawak: Mungkin SOP ketat PRN Melaka diguna pakai
Dalam pada itu, Jeniri turut mengulas mengenai pelaksanaan Undi 18 yang berkemungkinan tidak dapat direalisasikan sekiranya ia (PRN Sarawak) diadakan pada tahun ini.
“Ini akan memberikan kesan tertentu dan jika diadakan pada tahun depan maka golongan muda berpeluang untuk menggunakan hak mereka untuk mengundi.
“Berdasarkan perkiraan yang dibuat, berkemungkinan mereka tidak berpeluang untuk mengundi pada PRN kali ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Hilmi Malik
Wed Nov 03 2021
Persiapan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri kebiasaannya dibuat dalam masa tiga minggu sebelum tarikh penting diumumkan kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir. - Gambar fail
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.
Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok
Polis akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu selepas tempoh reman tamat pada Jumaat.
AI: Transforming industries, driving growth
Join Astro AWANI correspondent Farhana Sheikh at the Red Hat Summit in Colorado as she explores how AI is being utlisied to drive unparalleled growth in industries.
Duitnow QR boleh diguna di Korea tidak lama lagi
Kemudahan Duitnow QR mungkin boleh digunakan di Korea Selatan tidak lama lagi apabila kaedah pembayaran itu sedang dirancang hasil perkongsian antara Payments Network Malaysia (PayNet) dengan BC Card.
Pharmaniaga laksana kawalan kos ketat perkukuh kewangan
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan terus memanfaatkan kecekapan operasi dan langkah kawalan kos yang ketat yang telah terbukti membantu kumpulan untuk berdaya tahan dan kembali lebih kukuh dalam persekitaran kewangannya yang mencabar.
Unjuran eksport Malaysia separuh kedua 2024
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan beliau berkenaan unjuran eksport Malaysia bagi separuh kedua tahun 2024.
Warga emas maut nahas dua kenderaan, putus kaki
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan putus kaki sebelah kanan.
Saham Nvidia melonjak paras tertinggi, $3 trilion dolar
Saham Nvidia melonjak ke paras tertinggi, mencecah nilai pasaran kepada $3 trilion, menjadikan pengeluar cip AI itu syarikat kedua paling bernilai di dunia, mengatasi Apple.
Pengenalan e-invois, dan impak peniaga kecil
Ramai pembayar cukai dan perniagaan yang masih tidak tahu tentang e-invois, iaitu merupakan transaksi digital antara penjual dan PEMBELI. Syarikat rintis e-invois boleh mula mengakses kepada persekitaran produksi API Sistem MyInvois memohon ClientID dan Client Secret bagi persekitaran produksi daripada pihak HASiL.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.