KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.
Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Seri paduka baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ini selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
"Perlu diperjelaskan di sini bahawa Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Azuan Effendy, perkenan Seri Paduka Baginda kepada penamatan Proklamasi Darurat adalah satu keputusan yang sukar dan rumit.
Bagaimanapun, katanya keputusan itu diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
BACA: Tarikh matang DUN Sarawak 6 Jun 2021
BACA: DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
"Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengatasi sebarang kepentingan peribadi dan politik.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran Baginda terhadap risiko peningkatan penularan jangkitan COVID-19 sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan.
"Pada hemat Seri Paduka Baginda, negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman COVID-19 dan penularan wabak ini juga masih di tahap yang membimbangkan," katanya.
Terdahulu, Azuan Effendy berkata, Seri Paduka Baginda menerima menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara pada 2 November 2021.
Katanya, pada sesi menghadap ini, Abdul Taib telah menyampaikan hasrat dan permohonan Kerajaan Sarawak kepada Seri Paduka Baginda agar Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak dapat ditamatkan.
"Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.
"Pada sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam bermula pada jam 8.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima sembah nasihat daripada Ismail Sabri berhubung dengan penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak," katanya.
Pada 2 November 2021, Seri Paduka Baginda turut telah berkenan menerima menghadap Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Azizan Harun bagi menyembah taklimat berhubung dengan perkara yang sama.
Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Astro Awani
Wed Nov 03 2021
Perkenan Seri Paduka Baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak itu selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan. - Foto Facebook/IstanaNegara
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.