awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penamatan HSR: Kerajaan perlu laksana projek lain lonjak ekonomi Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
01/01/2021
12:01 MYT
Penamatan HSR: Kerajaan perlu laksana projek lain lonjak ekonomi Johor
Langkah itu juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih besar. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:Kerajaan disaran mencari pendekatan atau rancangan besar lain selepas pembatalan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata negara dan Johor khususnya telah hilang peluang untuk melonjakkan pembangunan ekonomi apabila HSR dibatalkan.
Katanya dengan kewujudan HSR, kawasan sepanjang jajaran projek mampu meletakkan Johor sebagai negeri yang memainkan peranan besar dalam pertumbuhan dan kemajuan negara.
"HSR ini pemangkin kepada kawasan sejajar termasuk Selat Melaka. Kita perlu lihat dan bangunkan potensi Selat Melaka. Indonesia lakukan pembangunan di tepi Selat Melaka di Dumai. Jadi kita kena bersaing.
"HSR itu memungkinkan kita bersaing. Sekarang kita hilang peluang itu. Berhadapan wabak kita perlu fikir apa yang boleh lonjakkan ekonomi tetapi sekarang kita hilang peluang itu," katanya ketika mengulas mengenai pembatalan projek HSR.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Wanita UMNO bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, kerajaan juga wajar memberikan penjelasan mendalam kepada rakyat berhubung pembatalan projek mega itu.
"Saya merasakan kita rugi dengan pembatalan HSR ini. Kerajaan mungkin ada asasnya (mengapa HSR dibatalkan), namun kerajaan wajar berkongsi dengan masyarakat untuk kita tahu.
"Tetapi memang kita rugi dalam jangka panjang, walaupun ada masalah... pada saya ia patut ditangguh dan tidak perlu dibatalkan.
"Kita cakap mengenai soal integrasi ekonomi antara negara dalam ASEAN. HSR adalah cara terbaik," katanya.
Projek HSR itu antara projek yang dicapai antara kedua-dua negara semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan beliau masih bergelar Menteri Besar Johor.
Topic Berkaitan
#Johor
#HSR
#pembatalan
#ekonomi
#lonjak ekonomi
#cara lain
#projek
#Singapura
#Pantai Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan