GUA MUSANG: Penambahan bilangan renjer mengawal kawasan hutan dengan memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli untuk berkhidmat, disambut baik komuniti itu.
Nari Abus, 47, dari Kampung Bihai Lama di sini berkata langkah itu memberi peluang pekerjaan kepada mereka, selain menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli.
Katanya langkah itu adalah wajar dalam usaha membantu mengembangkan ekonomi mereka yang berada di kawasan pedalaman.
"Saya sangat gembira dengan pengumuman belanjawan 2023 baru-baru ini dan saya berharap pihak yang terlibat dapat membantu masyarakat Orang Asli untuk mengawal kawasan hutan.
"Kami bukan sahaja dapat pekerjaan di tempat sendiri, malah boleh menjana ekonomi untuk menampung perbelanjaan harian," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya, di sini hari ini.
ORANG ASLI- RENJER 2 (AKHIR) GUA MUSANG
Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng, yang berbesar hati dengan pengumuman kerajaan itu, berkata rata-rata masyarakat Orang Asli begitu mahir dan mengetahui selok-belok kawasan hutan.
"Kami sayangkan hutan kerana ia tempat tinggal kami jadi semestinya kami akan mengambil kesempatan ini (menjadi renjer) untuk menjaga khazanah flora dan fauna yang ditinggalkan nenek moyang.
"Apabila terdapat kursus berkenaan renjer hutan dan pengalaman dalam hutan menjadikan kita lebih bersedia menggalas tanggungjawab jawatan tersebut," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat baru-baru ini, mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli serta veteran tentera dan polis, dengan peruntukan RM50 juta.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Langkah itu memberi peluang pekerjaan, selain menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penambahan renjer hutan beri peluang pekerjaan kepada Orang Asli
Langkah itu memberi peluang pekerjaan, selain menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli.
Kerajaan cadang tambah renjer untuk kurangkan konflik hidupan liar dengan manusia
Kerajaan bercadang menambah bilangan renjer hutan bagi membantu mengawal aktiviti pencerobohan sekali gus mengekalkan habitat semula jadi haiwan liar di negara ini.
Kerajaan Thailand bayar pampasan kepada keluarga mangsa tembak mati
Wang pampasan sebanyak 500,000 Baht kepada setiap keluarga mangsa hari ini, dan itu hanya 'peringkat awal'.
Kematian gajah di Thailand: Tiga bangkai dikutip dan ditanam
Ketua operasi Wichai Pornleesaengsuwan dalam satu kenyataan berkata hujan lebat dan lereng bukit yang sukar menggendala operasi mengutip bangkai gajah itu.
Minyak wangi perangkap harimau
Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi Obsession for Men itu dapat menarik perhatian harimau.
Renjer dilaporkan hilang di Taman Negara
Tarmizi Ahmad Japli didapati hilang ketika dalam perjalanan pulang ke khemah induk di Hutan Simpan Yong.