HABIB hari ini melancarkan penampilan baru yang mewah selepas pengubahsuaian di bilik pameran Suria KLCC untuk menyambut kedatangan Tahun Baru 2015 dengan menawarkan pengalaman membeli-belah barang kemas yang lebih selesa dan meriah di aras Concourse Suria KLCC.

Upacara pelancaran disempurnakan oleh Dato ' Meer Habib, Pengarah Urusan HABIB serta di sinari dengan kehadiran 6 selebriti yang muda yang makin meningkat popular di Malaysia. Selebriti yang hadir ialah pasangan adik-beradik Vanessa dan Pamela Chong, pelakon-pelakon wanita, Siti Saleha, Adeline Tsen, Amyra Rosly serta model terkenal Amber Chia yang kelihatan mempersona memperagakan barangan kemas permata dan berlian koleksi terbaru 2015 daripada HABIB.
Photo-1.jpg
Bahagian dalaman bilik pameran HABIB Suria KLCC ini mengetengahkan reka bentuk kontemporari moden yang diselimut dengan dinding fabrik dua tona dan dihiasi keluli bersalut krom berwarna keluli dan gangsa untuk menyerlahkan kilauan berlian dan emas yang di pamerkan. Untuk melengkapkan wajah baru ini, almari laci pameran diperbuat daripada kemasan kayu kontemporari dengan fabrik warna ungu bertenaga.

Siling yang dicat dengan warna gangsa di bilik pameran ini telah dilengkapi dengan lampu gantung hiasan yang menyinari dinding cermin berwarna gangsa dengan corak geometri dan logo HABIB yang diperbuat daripada keluli.

Kelainan untuk pelanggan HABIB adalah ruang eksklusif yang diasingkan dari kawasan umum oleh skrin keluli tahan karat untuk memberikan suasana yang lebih peribadi. Ruang ekslusif ini dilengkapi dengan almari laci pameran berbentuk bulat yang telah direka khas.
Photo-2.jpg
Dengan kilauan, hasil campuran keluli dan batu lava dipermukaan bangunan, ia melengkapkan lagi rekaan dalaman bilik pameran yang luas dimana kemewahan bilik pameran perdana HABIB Suria KLCC diinspirasikan daripada barangan kemas, yang mampu untuk menarik ramai pelangan untuk masuk ke dalam premis.

Dato' Meer Habib berkata, " HABIB merupakan sebuah jenama ikonik tempatan yang sangat beruntung berada di Suria KLCC, sebuah destinasi yang kerap dikunjungi pelancong dan juga penduduk tempatan. Ini memberikan peluang baik untuk HABIB mempamerkan keindahan seni dan kraftangan tempatan melalui rekabentuk barang kemas dan juga bilik pamerannya yang memberikan pengalaman yang berbeza dan istimewa.”

"Kami telah berada di lokasi ini sejak tahun 1998 dan untuk kekal dan relevan dalam industri yang bersaing pesat ini, kami perlu sentiasa mengemaskini penampilan seiring dengan arus masa kini. Barang kemas kami akan sentiasa menjadi sumber inspirasi reka bentuk kami namun kami telah menambah sentuhan dramatis dan keunikan yang mencerminkan HABIB. Kami juga telah memperhalusi reka bentuk bilik pameran kami seiring dengan perkembangan selama ini dan kami benar-benar gembira dengan pengubahsuaian ini, kami amat berpuas hati dan sangat teruja untuk berkongsi ruang yang lebih segar dan serba baru ini dengan pelanggan setia dan baru kami."
Photo-3.jpg
Kehalusan bahagian luar dan bilik pameran Suria KLCC bukan sahaja menawarkan pelanggan pengalaman berbeza apabila membeli-belah barang kemas HABIB, ia juga menyediakan ruang elegan yang selesa untuk para pelanggan berehat, malah pelangan akan lebih santai mencari barang kemas yang tepat untuk memenuhi kepuasan mereka.

Pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam suasana yang lebih menarik dan bergemerlapan di blik pameran HABIB di Suria KLCC. HABIB menawarkan koleksi terbaru 2015, selain koleksi-koleksi kegemaran ramai seperti barangan kemas emas ‘ORO ITALIA 916’ yang direka khas di Itali, barangan kemas berlian ‘EMPRESS’ dan berlian berjenama antarabangsa 'HEARTS ON FIRE' yang menjanjikan potongan berlian paling sempurna dunia, kini lebih menarik dalam suasana yang elegan di bilik pameran perdana HABIB Suria KLCC