awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarafan keselamatan udara Malaysia tingkatkan sektor penerbangan negara - MAHB

Bernama
Bernama
21/10/2022
20:00 MYT
Penarafan keselamatan udara Malaysia tingkatkan sektor penerbangan negara - MAHB
Penarafan Kategori 1 IASA itu membolehkan syarikat penerbangan negara mengadakan laluan penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan kod syarikat penerbangan AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) telah membantu meningkatkan prospek penerbangan negara, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Dalam satu kenyataan, MAHB berkata penarafan Kategori 1 Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) dan pemilihan semula Malaysia ke Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) adalah penting untuk meningkatkan ketersambungan rangkaian global pihak berkuasa lapangan terbang itu.
Penarafan Kategori 1 IASA itu membolehkan syarikat penerbangan negara mengadakan laluan penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan kod syarikat penerbangan AS.
Bagi mengekalkan penarafan itu sesebuah negara mesti mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan ICAO.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata penggiat industri bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan Malaysia menerima kemasukan kira-kira 10 juta pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun.
"Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menyokong matlamat ini seperti 'Pas Nomad DE Rantau' yang akan meningkatkan dan menggalakkan lebih banyak mobiliti dalam kalangan warga profesional digital dan pasangan mereka ke Malaysia.
"Satu lagi inisiatif ialah Program Visa Premium Malaysia yang baharu, ia bertujuan untuk menarik individu berpendapatan tinggi. Kedua-dua program ini dijangka dapat meningkatkan pergerakan penumpang," katanya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menyaksikan Kuwait Airways (KU) beroperasi semula di KLIA selepas menghentikan operasinya selama tujuh tahun, ia menyediakan perkhidmatan penerbangan Kuwait-KLIA sebanyak dua kali seminggu dan akan meningkat kepada tiga kali seminggu bulan depan.
Akhir bulan ini, KLM Royal Dutch Airlines (KL) dan All Nippon Airways (NH) akan menyambung semula operasi penerbangan tanpa henti di KLIA selepas menghentikan sementara operasinya akibat pandemik COVID-19.
KLIA akan mengendalikan penerbangan Amsterdam (AMS)-KLIA empat kali seminggu, peralihan daripada sektor semasa AMS-Singapura-KUL manakala NH akan menyediakan penerbangan tiga kali seminggu ke KLIA dari Tokyo-Haneda (HND), laluan kedua selain daripada operasi semasa Tokyo-Narita (NRT)-KLIA.
Sementara itu, Turkish Airlines (TK) telah meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya untuk laluan Istanbul (IST)-KLIA daripada tujuh kali kepada 10 kali.
Bagi September 2022, MAHB mencatatkan sejumlah 8.2 juta pergerakan penumpang untuk kedua-dua operasi Malaysia dan Turkiye, meningkat sebanyak 155.8 peratus tahun ke tahun.
Untuk operasinya di Malaysia, kumpulan itu merekodkan sejumlah 5.3 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatannya manakala pergerakan penumpang antarabangsa Malaysia bagi September tahun setakat ini dicatatkan pada 9,271,272, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1104.9 peratus disebabkan oleh penyambungan semula operasi syarikat penerbangan asing.
Sementara itu, pergerakan trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen mewakili 35.2 peratus daripada jumlah operasi kumpulan atau 2.9 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#Penarafan Kategori 1 IASA
#keselamatan udara Malaysia
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan