awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarik kereta mengaku tidak bersalah bunuh pengasas AmBank

Bernama
Bernama
19/02/2014
03:46 MYT
Penarik kereta mengaku tidak bersalah bunuh pengasas AmBank
Hussain Ahmad Najadi - Gambar Fail
Penarik kereta Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta, Julai tahun lalu.
Koong, 45, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Azman Husin di sini terhadap pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas bank itu, Cheong Mei Kuen, 49.
Mahkamah menetapkan dua minggu bermula 9 hingga 20 Jun untuk perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abd Karim memberitahu media bahawa antara 15 hingga 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan.
Pada 3 Okt lepas, Koong didakwa atas pertuduhan membunuh pengasas bank itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
Koong yang diwakili peguam Zamri Idrus, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri mangsa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No.4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai 2013.
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas dilaporkan berunding mengenai urusan perjanjian tanah.
Topic Berkaitan
#ambank
#Hussain Ahmad Najadi
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan