IPOH: Cadangan pencalonan bandar raya Ipoh sebagai Jaringan Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) merupakan salah satu sasaran dalam Pelan Tindakan Penjenamaan Pelancongan Wilayah Greater Ipoh 2025.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata ia bertujuan untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini, di samping menjadikan Ipoh sebuah bandar yang mempunyai kualiti hidup yang baik dan sesuai untuk didiami tanpa mengira peringkat usia masyarakat.
Jelasnya, sehingga tahun 2021, sebanyak 247 bandar di dunia telah mendapat status UCCN.
"12 daripadanya (UCCN) mewakili wilayah ASEAN termasuk satu dari Malaysia iaitu bandar raya Kuching yang telah dinobatkan sebagai UCCN melalui tema gastronomi (makanan) pada tahun 2021.
"Cadangan itu juga bertujuan untuk menempatkan kreativiti dan industri budaya sebagai rencana utama pembangunan di peringkat tempatan serta menjalin kerjasama aktif di peringkat antarabangsa melalui perkongsian inisiatif, idea, pengalaman dan amalan terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mei, di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu Rumaizi berkata, menerusi program UCCN, bandar yang diiktiraf komited untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam membangunkan model public private partnership serta komuniti awam.
"Antaranya memperkuat penciptaan produk dan penyebaran kegiatan budaya, aset dan perkhidmatan; mengukuhkan imej bandar untuk tujuan pelancongan, pelaburan dan perniagaan, mengembangkan hubungan kreativiti dan inovasi dan memperluas peluang pengamal dan profesional dalam sektor budaya.
"Meningkatkan akses dan penglibatan dalam kehidupan budaya, khususnya untuk kelompok dan individu yang terpinggir (margenalise) serta mengintegrasikan budaya dan kreativiti sepenuhnya ke dalam rancangan pembangunan secara mapan," katanya lagi.
Justeru ujarnya, langkah seterusnya bagi merealisasikan hasrat itu ialah dengan menyediakan dokumen lengkap pencalonan Ipoh sebagai UCCN, melalui tema muzik yang akan bermula pada Mac 2023.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh topik berkaitan bandar raya Ipoh yang diletakkan sebagai bandar keempat terbaik bagi bandar pejalan kaki.
"Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Chandini Del dalam The Rakyat Post pada 12 Mei lalu, Ipoh telah diletakkan sebagai bandar keempat terbaik bagi bandar pejalan kaki atau 'walkable city' di Malaysia.
"Bermaksud keempat terbaik selepas bandar raya Melaka, George Town, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur," katanya.
Ujarnya lagi, pencapaian itu hasil daripada perancangan dan pelaksanaan ke arah menjadikan Ipoh sebagai Bandar Pelancongan Utama 2025 dan Ipoh Bandar Rendah Karbon 2030.
Katanya bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar yang 'walkable', satu rangka kerja cadangan yang menyeluruh telah dibentuk.
"Kajian ‘Walkable City’ Kawasan Khas Ipoh telah dijalankan seterusnya mengurangkan kebergantungan penduduk setempat dan pelancong terhadap penggunaan kenderaan persendirian," ujarnya.
Katanya, kajian ini akan meliputi kawasan Ipoh di Blok Perancangan 1, merangkumi kawasan seluas 748.48 hektar dan ia terletak di dalam zon warisan.
Kawasan kajian ini merangkumi lima zon iaitu Zon A : Taman Dr. Senivasagam; Zon B: Pekan Lama Ipoh, Zon C: Sungai Kinta (sebahagian), Zon D: Pekan Baru Ipoh dan Zon E: Greentown.
Aida Aziz
Tue May 31 2022

Datuk Rumaizi Baharin berkata ia bertujuan untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini. - Gambar hiasan/Unsplash

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Kempen PRU PKR | Ini masa terbaik untuk ahli rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi kerusi lebih banyak berbanding PRU-14. Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelas PRU-15 akan dating.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional, MN untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini. Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebaliknya berkata terdapat Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN sejajar dengan pendirian parti itu.

Kes SRC | Hentikan serangan terhadap badan kehakiman
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gesa menghentikan serangan peribadi terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan prosiding rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd. Menurut Timbalan Presiden Bersatu itu, tindakan tersebut tidak beretika dan mengganggu badan kehakiman selain mengundang persepsi negatif dan memalukan nama baik negara.

Malaysia-Rusia | Sentimen tidak jejaskan program di Russian House
Svetlana Kovaleva tidak melihat sentimen Anti-Rusia, kesan daripada pencerobohan negara itu ke atas Ukraine sebagai punca beberapa program yang diadakan di Russian House kurang mendapat sambutan. Ketua Russian House itu berkata ia adalah menjadi hak masing-masing untuk memboikot atau menyokong mana-mana inisiatif digerakkan untuk manfaat bersama.

Mayat wanita warga emas ditemui terapung
Mangsa yang berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Agong optimis hubungan Malaysia-Turkiye terus meningkat ke tahap lebih tinggi
Yang di-Pertuan Agong optimis hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turkiye akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi menjelang 60 tahun tahun hubungan kedua-dua negara pada 2024.

Polis tahan empat lelaki dipercayai Ah Long, seludup rokok
Polis turut merampas wang tunai lebih RM86,000 dan 600 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM34,200.

Dasar kerajaan dan kejayaan perlu diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tepat - PM
Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan.

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Prototaip komputer Apple-1 milik Steve Jobs dilelong hampir AS$700,000
Seorang pengumpul barangan yang tidak mahu namanya didedahkan telah memenangi lelongan tersebut pada Khamis, dengan bidaan AS$677,196.

Kempen PRU PKR | Ini masa terbaik untuk ahli rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi kerusi lebih banyak berbanding PRU-14. Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelas PRU-15 akan dating.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan kali ke-68 pada 3 dan 4 September ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ada Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN, sejajar dengan pendirian parti itu.