Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Program Transformasi Negara (NTP) berjaya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam dalam menangani isu-isu yang dihadapi rakyat.
Dalam perutusannya yang terkandung dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata pencapaian ketara NTP membuktikan usaha yang disumbangkan penjawat awam demi mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
"Pada masa ini, semua rakan sejawat dalam pentadbiran negara dan perkhidmatan awam diseru agar terus komited dalam usaha mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi dan terus memikul tanggungjawab dalam melaksanakan Program Transformasi Negara.
"Memandangkan pada 2016, NTP telah pun tiba di persimpangan di mana berlakunya peralihan tugas-tugas PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) kepada penjawat awam, dan disusuli penyempurnaan program ini pada 2020," kata beliau.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) berkata antara pencapaian utama NTP adalah mengurangkan jenayah indeks kepada hampir separuh di antara 2010 hingga 2016, dengan mencatat penurunan purata 9 peratus setahun.
Beliau berkata usaha kerajaan mengurangkan jenayah berjaya menjadikan rakyat berasa lebih selamat di mana Persepsi Penunjuk Jenayah mencatat penurunan yang nyata dalam kategori 'perasaan takut rakyat menjadi mangsa jenayah' pada 2016.
Pada 2016, sejumlah 7.28 juta isi rumah meraih manfaat daripada RM5.36 bilion dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan untuk membantu mereka yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak dapat dielakkan.
"Turut diperkenalkan beberapa langkah memfokuskan pembangunan keusahawanan, seperti program 1AZAM (Program Akhiri Zaman Miskin) untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan miskin tegar secara mampan," katanya.
Sementara itu, katanya, kadar enrolmen prasekolah kebangsaan meningkat kepada 85.56 peratus pada 2016 daripada 67 peratus pada 2009 dengan prasekolah kebangsaan mencapai kadar enrolmen hampir penuh bagi kumpulan umur lima tahun ke atas iaitu 92.1 peratus.
Menurutnya sebagai usaha penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan, program Sekolah Berprestasi Tinggi telah mengenal pasti 132 buah sekolah yang dijadikan model kepada sekolah-sekolah lain.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dalam usaha memerangi rasuah, kerajaan dapat menyelesaikan sebanyak 74.4 peratus kes rasuah pada 2016 dalam tempoh setahun kes didaftarkan di mahkamah menerusi penubuhan 14 mahkamah rasuah khas di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan.
"Sebagai sebahagian usaha kerajaan membanteras rasuah, Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik terus berinteraksi dengan kedua-dua pihak parti politik Malaysia ke arah memperkenalkan peraturan bagi pembiayaan, pengurusan dan pelaporan kempen politik," katanya.
Selain itu, pelancaran fasa pertama Mass Rapid Transit (MRT) Laluan 1 pada Dis 2016 menandakan kemuncak kejayaan sektor pengangkutan awam di bandar pada tahun berkenaan yang seterusnya memberikan petanda baik terhadap usaha kerajaan mewujudkan sistem pengangkutan awam bandar bertaraf dunia.
Menurutnya pelancaran fasa pertama MRT itu melengkapkan penambahbaikan yang dilaksanakan terhadap tulang belakang rel Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dengan Projek Sambungan Laluan LRT.
Bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar, sepanjang 6,041.7 kilometer jalan raya luar bandar telah dibina dan sepanjang 2,378.5 kilometer jalan raya disenggara sepanjang 2010 hingga 2016, katanya.
Kerajaan juga telah menyediakan akses air bersih kepada 350,094 buah rumah dan akses bekalan elektrik kepada 153,821 buah rumah, di samping membina dan membaik pulih 94,604 buah rumah untuk golongan miskin luar bandar.
"Semua inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 6.2 rakyat Malaysia, sekali gus memastikan semua rakyat Malaysia meraih manfaat daripada usaha-usaha di bawah NTP dan mendapat akses kepada pelbagai peluang yang dicipta dalam ekonomi berpendapatan tinggi," kata timbalan perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017

Ahmad Zahid berkata antara pencapaian utama NTP adalah mengurangkan jenayah indeks kepada hampir separuh di antara 2010 hingga 2016, dengan mencatat penurunan purata 9 peratus setahun. - Gambar fail
_Ada tiga orang mangsa yang tersepit di hadapan lori_ - Sayani Saidon
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon memaklumkan kemalangan berlaku diantara lori batu kerikil dan kenderaan FRU menyebabkan tiga orang di bahagian depan lori tersepit.
#AWANInews
#AWANInews

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara
Pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atasnya.
10 anggota FRU disahkan meninggalkan dunia
Menurut laporan wakil Astro Awani, Abdul Razak Razak Ali yang berada di lokasi kejadian, memaklumkan bahawa lapan orang meninggal dunia di tempat kejadian, dua lagi disahkan meninggal di hospital.
#AWANInews
#AWANInews

Anggota FRU maut kemalangan: Saifuddin ucap takziah, utus doa buat wira negara
Saifuddin sifatkan pemergian mereka sebagai kehilangan besar buat negara kerana mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.

Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar
Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.

TPM Ahmad Zahid kunjung hormat, makan malam bersama TYT Pulau Pinang
Kata Ahmad Zahid, beliau meneliti dengan penuh perhatian idea dan pandangan yang dikongsikan oleh Ramli, yang sarat dengan inspirasi.

UMNO cadang tubuh institut kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Ahmad Zahid berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bulan depan.

Jururawat barisan hadapan, santuni insan tidak dikenali dengan penuh ihsan - Ahmad Zahid
Jururawat merupakan barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira masa dan keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRN Sabah: BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coalition' PH-BN-GRS - Ahmad Zahid
BN akan memperhalusi cadangan pembentukan gagasan mega dengan PH dan GRS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

MRSM Kepala Batas kini dikenali MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas kini secara rasminya dikenali sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BN, PH bentuk kerjasama antara parti pusat dan negeri hadapi PRN Sabah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

UMNO jangan dibuai dengan kemenangan Nenggiri, Mahkota, Ayer Kuning – Ahmad Zahid
Biarpun UMNO menang di PRK, Nenggiri, Mahkota, dan Ayer Kuning, namun ia tidak bermakna mereka boleh leka dengan 'kemenangan kecil.

Menginjak 79 tahun, UMNO perlu sesuaikan diri dengan realiti politik baharu - Ahmad Zahid
Cabaran ketika ini memerlukan UMNO untuk tidak lagi statik, dan terus bergantung kepada pendekatan lapuk, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

79 tahun UMNO: Ahmad Zahid ajak ahli parti subur semangat juang, perbaharui tekad
Sejak 1946, beliau berkata UMNO telah menjadi tiang seri kepada pembentukan negara bangsa Malaysia.

Mesyuarat Majlis Sosial Negara setuju tubuh Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah
Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan Ahmad Zahid bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah.