awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencapaian sektor pelancongan Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik pada 2024

Bernama
Bernama
06/12/2023
21:30 MYT
Pencapaian sektor pelancongan Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik pada 2024
Prestasi industri pelancongan Malaysia bagi segmen pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dan tahun mendatang dijangka melepasi pencapaian prapandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prestasi industri pelancongan Malaysia bagi segmen pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dan tahun mendatang dijangka melepasi pencapaian prapandemik COVID-19, dipacu oleh usaha pemasaran dan promosi pemain industri tempatan, kata Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof.
Beliau berkata ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia tahun ini.
"Setakat enam bulan pertama 2023, kita (Malaysia) menerima ketibaan 9.16 juta pelancong antarabangsa dan hingga September atau suku ketiga tahun ini kita merekodkan 14.4 juta ketibaan pelancong antarabangsa.
"Sekarang kami menyemak semula angka itu kepada 19.1 juta bagi keseluruhan 2023," kata beliau dalam ucapannya di Fokus Stratum Bursa-Hong Leong Investment Bank (HLIB) Siri Ke-16, di sini, pada Rabu.
Musa berkata, dengan ketibaan 9.16 juta pada setengah tahun pertama 2023, ia meletakkan Malaysia di tempat kedua di belakang Thailand, jika dibandingkan antara pesaing-pesaing di rantau Asia Tenggara.
Beliau berkata, ketibaan 10 pelancong teratas ke Malaysia untuk pra dan pasca pandemik kebanyakannya kekal dikuasai negara tetangga ASEAN, diikuti China, India dan Korea Selatan.
Musa juga berkata, sebuah laporan daripada Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWTO) menyatakan ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia dan Pasifik mencecah 61 peratus antara Januari dan Julai tahun ini.
"Ia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan seluruh rantau ini berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang perlahan oleh beberapa negara," katanya.
Sementara itu, Musa berkata, dalam 2024 industri pelancongan Malaysia akan menumpukan kepada pelancong dari Vietnam dan Indonesia berikutan pertumbuhan pasaran mereka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#paras prapandemik
#pelancong antarabangsa
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan