KUALA LUMPUR:Kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa agar berwaspada terhadap aktiviti penipuan atau 'scam' dan sentiasa bertindak melindungi maklumat peribadi mereka.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini berikutan terdapat iklan-iklan di media sosial serta dalam talian yang bertujuan mengumpan pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka bagi dilaburkan dalam skim-skim berbaur penipuan, susulan pengumuman permohonan program pengeluaran Akaun 1 i-Sinar.
"Selain itu, isu penipuan dalam talian juga dilihat semakin berleluasa berikutan peningkatan traksaksi dalam talian seperti pembayaran dan pembelian barangan di platform e-dagang ketika tempoh COVID-19.
"Ada juga berita mengenai 'scammers' (penipu) yang telah mendapatkan maklumat peribadi orang awam melalui pakej bungkusan yang dibuang, bagi mengugut serta menipu individu tersebut untuk mendapatkan wang," katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul juga mengingatkan semua pencarum KWSP supaya menggunakan saluran rasmi bagi sebarang urusan membabitkan dana persaraan itu sama ada di cawangan dan kiosk terdekat, laman web rasmi i-Sinar iaitu isinar.kwsp.gov.my serta portal atau aplikasi i-Akaun.
"Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat seperti nama login, kata laluan, butiran akaun bank dan pelbagai maklumat sensitif kepada platform tidak sah atau kepada orang yang tiada pengenalan sah rasmi.
"Jika anda berasakan telah ditipu atau data peribadi dikompromi, segera laporkan kepada pihak polis dan bank anda atau agensi-agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 16 2020

Semua pencarum KWSP dinasihat menggunakan saluran rasmi bagi sebarang urusan membabitkan dana persaraan itu sama ada di cawangan dan kiosk terdekat dan laman web rasmi. -Gambar fail

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1
Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19

Perkeso tubuh badan bertindak khas siasat tuntutan berkaitan COVID-19
Perkeso menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi mempercepat urusan bayaran kepada mereka ya

Pencarum KWSP digesa waspada aktiviti penipuan
Kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa agar berwaspada terhadap aktiviti penipuan atau 'scam' dan sentiasa bertindak melindungi maklumat peribadi mereka.

i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik - KWSP
KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

i-Sinar: KWSP tidak 'tutup pintu', Kategori 2 pertimbang situasi unik dihadapi ahli
Pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unik yang dihadapi setiap ahli KWSP.

Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021
Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.

MPN minta pengeluaran dari Akaun 1 KWSP dibenarkan
MPN menyifatkan langkah ini sebagai kemudahan tunai yang amat diperlukan.

COVID-19: KWSP sedia bantu pencarum rancang kewangan mereka
Menurut KWSP, terdapat juga langkah-langkah bantuan lain seperti membenarkan akses ke Akaun 2 KWSP melalui i-Lestari,

Lebih 50 peratus pencarum KWSP berumur 54 tahun simpan kurang RM50,000
Menurut KWSP, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.

Tiga individu termasuk dua beranak dalang tipu tuntutan Perkeso
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman.