NATIONAL

Pencarum KWSP lega syarat pengeluaran penuh kekal 55 tahun

Madiha Abdullah 23/04/2015 | 03:25 MYT
Pelbagai reaksi boleh dilihat di laman sosial
Saranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun mendapat reaksi yang pelbagai di media sosial.
Seperti dijangka, kebanyakan pengguna laman sosial nyata tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak relevan.
Dan baru sahaja sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pengeluaran penuh wang caruman dalam KWSP dikekalkan pada usia 55 tahun.
BACA: Pengeluaran caruman KWSP kekal pada usia 55 - Najib
UNDIAN: Simpanan KWSP cukup untuk tampung kehidupan selepas bersara?
Pengumuman ini tentunya melegakan rakyat, terutama sekali selepas begitu banyak isu yang timbul semenjak akhir-akhir ini.
Pengguna Facebook dengan nama Datukjj Jj, meluahkan perasaan tidak puas hatinya melalui satu jenaka sinis.
Jenaka di FB
Pengguna Twitter, Haikal Shafie, antara yang lega dengan pengumuman Perdana Menteri.
Twitter
MeinMein pula membangkitkan isu kaji selidik atau survey yang dibuat KWSP.
Twitter
Begitu juga Tepak Bersulam, turut mempersoalkan keperluan kaji selidik berkenaan.
Twitter
Seorang lagi pengguna Twitter, Rerel, bukan sahaja meluahkan rasa lega atas perkembangan terbaru itu, tetapi turut menyatakan pendapatnya tentang ketidaksesuaian untuk melaksanakan peraturan baru buat masa sekarang.
Twitter
#KWSP