awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
AstroBIZ: Sorakan bola sepak meriah di “Watch Party” Rockafellers
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran air Sungai Selangor tiada unsur sabotaj - KPN

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2019
06:46 MYT
Pencemaran air Sungai Selangor tiada unsur sabotaj - KPN
ABDUL HAMID: Kita memandang serius hal ini kerana ia melibatkan lima juta pengguna dan saya minta Ketua Polis Selangor untuk mengetuai siasatan ini.
Tiada unsur sabotaj berhubung pencemaran diesel melibatkan Sungai Selangor sebaliknya ia hanya disebabkan oleh kecuaian.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, ia berpunca daripada kecuaian pekerja syarikat lantikan Kerajaan Negeri bagi membersihkan Sungai Selangor.
“Pada mulanya mungkin kita ingatkan sabotaj, tetapi selepas menahan dua individu siasatan mendapati ia bukan sabotaj dan hanya melibatkan kecuaian”, katanya selepasa merasmikan program ‘Roadshow Autisme’ Garis Panduan PDRM di Maktab PDRM pada Isnin.
Bagaimanapun polis telah membebaskan seorang individu yang ditahan manakala seorang lagi dilanjutkan tempoh remannya yang tamat pada hari ini.
Tegasnya lagi, pihak polis memandang serius berhubung isu ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini termasuk laporan paslu yang dibuat bagi melindungi syarikat tertentu.
"Kita memandang serius hal ini kerana ia melibatkan lima juta pengguna dan saya minta Ketua Polis Selangor untuk mengetuai siasatan ini," katanya lagi.
Pada 21 Julai lalu, pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk LRA Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah di Sungai Selangor.
Hal itu menyebabkan kesemua LRA ditutup secara berperingkat bermula jam 6 petang hingga 8.15 malam sebelum pulih sepenuhnya.
Insiden itu adalah yang kedua dikesan selepas yang pertama membabitkan pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor pada 19 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#kecuaian manusia
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#pencemaran Sungai Selangor
#sabotaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan