awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran di Sungai Semenyih terkawal, loji kembali beroperasi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/09/2019
05:53 MYT
Pencemaran di Sungai Semenyih terkawal, loji kembali beroperasi
Hee Loy Sian berkata, selain aktiviti pendosan itu, faktor peningkatan kadar pencairan sungai dengan hujan lebat juga membantu mengurangkan bau di Sungai Semenyih. - Gambar ihsan HEE LOY SIAN
Gangguan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih berjaya diatasi sepenuhnya pukul 4.30 pagi Ahad, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian.
Menurut beliau, kejayaan itu berjaya diatasi susulan tindakan pantas Jabatan Air Selangor (JAS) mengenal pasti punca serta melakukan tindakan pendosan karbon aktif untuk menurunkan kadar bau di kawasan itu.
“Siasatan mendapati satu manhole yang berbau pelarut di sekitar kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota yang berkemungkinan menjadi lokasi utama kemasukan pelarut sebelum ke loji IWK tersebut.
“Walaubagaimanapun, pendosan activated carbon sebanyak 575 kg (23 bag) pada sekitar jam 3.00 pagi telah menurunkan kadar bau kepada 1 ton di kawasan aerator tank dan juga di pelepasan efluen loji,” kata Loy Sian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, selain aktiviti pendosan itu, faktor peningkatan kadar pencairan sungai dengan hujan lebat juga membantu mengurangkan bau di Sungai Semenyih.
Sebelum ini, media melaporkan LRA Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, selepas berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Semenyih.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, henti tugas loji itu menyebabkan 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran insiden pencemaran itu.
Hee Loy Sian, pencemaran air, Sungai Semenyih
Jabatan Air Selangor (JAS) mengenal pasti punca, serta melakukan tindakan pendosan karbon aktif untuk menurunkan kadar bau di kawasan itu.
BACA: Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah bekalan air
Sementara itu, Loy Sian berkata, insiden itu disyaki berpunca daripada pembuangan sisa yang tidak dibenarkan ke dalam sistem pembentungan dan tidak dapat dirawat oleh loji kumbahan.
Beliau berkata, mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS atau Seksyen 79 Enakmen LUAS 1999 tertakluk kepada hasil analisa pensampelan daripada Jabatan Kimia Malaysia.
“Lembaga Urus Air Selangor LUAS bersama pihak terlibat sedang berusaha mengenalpasti punca pencemaran tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani situasi ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Hee Loy Sian
#JAS
#kimia
#LRA Sungai Semenyih
#LUAS
#pencemaran air
#Semenyih
#Sungai Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan