awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2021
00:49 MYT
Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, pada 3 September. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air bersih dan selamat telah mula disalurkan kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) bermula jam 7 pagi ini.
Menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Katanya, bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, pada 3 September.
"Air Selangor telah menjalankan ujian kualiti air dan ianya mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Air terawat dari LRA Sg. Semenyih juga telah disahkan selamat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diagihkan kepada para pengguna.
"Pada masa kini, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di kesemua kawasan-kawasan yang terjejas.
"Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat – peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.00 tengah malam, 3 September 2021. Para pengguna boleh merujuk Jadual Pelan Pemulihan yang terperinci pada Lampiran A," jelasnya.
Pada masa sama, Air Selangor beri jaminan akan terus menggerakkan bantuan bekalan air air alternatif kepada para pengguna dan premis-premis kritikal yang terlibat.
Setakat ini, 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Justeru, Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman sesawang www.airselangor.com dan semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram AirSelangor untuk maklumat bekalan air yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#belakan air
#Air Selangor
#pencemaran bau
#agihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan