PENCIPTA mesin karaoke Shigeichi Negishi meninggal dunia pada usia 100 tahun semalam di Jepun.

Beliau mencipta mesin karaoke pada tahun 1967 selepas mendapat idea menghasilkan mesin yang membolehkan sesiapa sahaja menyanyikan lagi kegemaran mereka apabila diperlukan.

Shigeichi Negishi mempunyai tabiat mendengar rancangan radio Pop Songs without Lyrics setiap pagi di Jepun yang disiarkan secara minus one di Jepun.

Pada satu pagi beliau ditegur kakitangan syarikat Nichiden Kogyo di mana beliau bekerja kerana menyanyi seorang diri ketika memasuki pejabat.

Beliau kemudian mendapat idea menggunakan rakaman pita 8 trek siaran Pop Songs without Lyrics yang kemudian digabungkan dengan sistem speaker, mikrofon dan mesin kutipan wang.

Dengan mesin ini beliau boleh menyanyi dengan sokongan muzik latar belakang apabila diperlukan.

Prototaip pertama dihasilkan dalam masa tiga hari dengan bantuan seorang jurutera.

Lagu pertama yang dimainkan pada mesin karaoke ialah Mujō No Yume yang popular di Jepun.

Menyedari beliau memerlukan lebih rakaman muzik latar belakang tanpa nyanyian, Shigeichi menghubungi rakan yang bekerja di NHK.

Beliau diberitahu oleh rakan dalam industri pita “karaoke” biasa digunakan ketika konsert dilakukan di luar bandar oleh penyanyi yang tidak dapat membawa pemuzik.

Karaoke ialah gabungan dua perkataan “kara” untuk kosong dan “oke” untuk orkestra.

Mesin karaoke pertama yang dihasilkan oleh Shigeichi ialah Sparko Box dengan lampu berkelip di hadapan dan pemain pitar 8 trek yang boleh ditukar mengikut lagu yang ingin dimainkan.

Ia hadir dengan buku lirik yang memastikan lagu dinyanyikan dengan betul. Pengguna hanya perlu membayar 100 yen untuk satu lagu menggunakan Sparko Box.

Walaupun beliau adalah pencipta mesin karaoke, Shigeichi Negishi tidak pernah menerima sebarang keuntungan selepas mesin ini menjadi popular di seluruh dunia kerana beliau tidak pernah mempatenkan rekaan kerana proses yang terlalu rumit serta mahal. -Amanz