awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy

Bernama
Bernama
12/12/2024
15:15 MYT
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Sarawak Energy Berhad memaklumkan dua kes terbaharu dikesan semasa pemeriksaan oleh anak syarikatnya, SESCO di Jalan Kapor dan Jalan Stampin Tengah. - Gambar fail/Sarawak Energy
KUCHING: Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Sarawak Energy Berhad memaklumkan dua kes terbaharu dikesan semasa pemeriksaan oleh anak syarikatnya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) di Jalan Kapor dan Jalan Stampin Tengah di sini.
"Mencuri elektrik melalui sambungan secara terus dengan kabel bawah tanah adalah sangat berbahaya kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan. Ia menyebabkan risiko termasuk kebakaran, renjatan elektrik dan kerosakan infrastruktur di samping mengancam kestabilan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan penduduk sekitar," menurut kenyataan itu hari ini.
Sarawak Energy memaklumkan siasatan awal SESCO mendapati sambungan haram itu dibuat kepada kabel yang disembunyikan di dalam konkrit di luar hartanah kediaman bagi melangkaui meter elektrik.
"Dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
Sarawak Energy turut meminta orang ramai melaporkan aktiviti kecurian elektrik dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan syarikat itu di 1300-88-3111 atau melalui e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#Sesco
#Sarawak Energy
#denda maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan