awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftar vaksin gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/02/2021
11:11 MYT
Pendaftar vaksin gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan
Setakat Khamis, seramai 637,000 individu mendaftar sebagai penerima sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera.
KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang mendaftar untuk menerima vaksin dan gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin tersebut juga akan diberikan kepada penerima lain bagi mengelakkan pembaziran.
Bagaimanapun jelas beliau, setakat ini kerajaan masih menggunakan budi bicara.
“Sebenarnya tindakan boleh diambil. Kalau kita lihat pun di negara lain contohnya, kalau mereka potong giliran untuk vaksin, mereka boleh ambil tindakan seperti denda dan sebagainya.
“Jadi, kita menggunakan carrot berbanding stick (budi bicara daripada tindakan).
“Kita harapkan rakyat Malaysia boleh patuh dan kita mungkin letakkan standby. Kalau kita lihat negara lain, contohnya, ada ketidakhadiran, mereka akan gantikan dengan petugas barisan hadapan seperti polis dan angkatan tentera untuk dapatkan vaksin. Jadi, ia tidak membazir.
“Jadi kita akan melihat kepada tindakan-tindakan (yang sesuai) supaya mengelakkan pembaziran vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Kesihat Bersama Media Siri 4/2021: Perlaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya, hari ini.
Setakat Khamis, seramai 637,000 individu mendaftar sebagai penerima sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
#COVID-19
#Vaksin Pfizer
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan