awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022

Bernama
Bernama
12/07/2022
04:30 MYT
Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022
Ini selaras dengan usaha dana persaraan itu yang memulakan strategi jangka panjang untuk meluaskan liputan perlindungan sosial rakyat Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini selaras dengan usaha dana persaraan itu yang memulakan strategi jangka panjang untuk meluaskan liputan perlindungan sosial rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
"Buat masa ini, walaupun ada pelbagai inisatif perlindungan sosial yang diperkenal dan sesetengahnya mendapat pembiayaan kerajaan, namun rata-rata kesedaran mengenai pentingnya perlindungan sosial dan persiapan untuk hari tua masih terlalu rendah dalam kalangan sejumlah besar rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP di sini, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, salah satu aspek terpenting adalah berkaitan pengukuhan perlindungan sosial dan tanggung jawab tersebut telah diberikan kepada KWSP apabila kerajaan mula melaksanakan Program Transformasi GLC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#ahli baharu
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#GLC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan