awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida

Bernama
Bernama
29/12/2025
05:15 MYT
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Pada sidang media selepas pertemuan di kediaman peribadi Trump di Mar-a-Lago, pemimpin AS itu berkata satu perjanjian berkemungkinan dapat dicapai "dalam tempoh beberapa minggu". - Foto Reuters
WASHINGTON: Pertemuan berprofil tinggi antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Florida berakhir tanpa sebarang kejayaan besar pada Ahad, meskipun kedua-dua pemimpin itu mendakwa terdapat kemajuan ke arah mencapai perjanjian damai bagi menamatkan konflik Ukraine-Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Florida berakhir tanpa kejayaan besar, walaupun kedua-dua pemimpin itu mendakwa terdapat kemajuan dalam mencapai perjanjian damai.
  • Trump menyatakan kemungkinan perjanjian dapat dicapai dalam beberapa minggu manakala Zelensky berterima kasih atas perbincangan yang positif, merancang pertemuan akan datang untuk menyelesaikan perkara yang dibincangkan.
  • Zelensky juga mengumumkan Trump akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama pemimpin Eropah di Washington pada Januari, sebahagian daripada usaha diplomatik untuk menamatkan perang yang bermula pada Februari 2022.

Pada sidang media selepas pertemuan di kediaman peribadi Trump di Mar-a-Lago, pemimpin AS itu berkata satu perjanjian berkemungkinan dapat dicapai "dalam tempoh beberapa minggu".
Zelensky pula mengucapkan terima kasih kepada Trump atas "perbincangan yang benar-benar baik" dan berkata pasukan masing-masing akan mengadakan pertemuan dalam beberapa minggu akan datang bagi memuktamadkan semua perkara yang dibincangkan.
Selain itu, Zelensky berkata Trump akan menjadi tuan rumah satu sidang kemuncak bersama pemimpin Eropah di Washington, yang dijangka diadakan pada Januari.
Pertemuan itu berlangsung sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik terbaharu untuk menamatkan perang yang dilancarkan Rusia pada Februari 2022.
Trump sebelum ini berkata beliau percaya Zelensky dan Presiden Rusia Vladimir Putin "benar-benar serius" untuk mencapai perdamaian.
Presiden AS itu turut memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Putin sekali lagi selepas pertemuannya dengan Zelensky, selepas sebelum ini mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin Rusia itu pada Ahad.
Zelensky sejak kebelakangan ini berusaha mendapatkan sokongan Washington bagi rangka kerja 20 perkara, susulan pendedahan cadangan 28 perkara oleh pentadbiran Trump pada akhir November yang menimbulkan kebimbangan Kyiv dan sekutunya kerana dianggap seiring dengan beberapa pendirian Rusia.
Kyiv dan rakan kongsi Eropah kemudiannya bekerjasama merangka pelan alternatif, termasuk menerusi pertemuan di Berlin dan Miami bersama pegawai kanan pentadbiran Trump, sementara Washington turut mengadakan rundingan berasingan dengan Moscow.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Volodymyr Zelensky
#konflik Ukraine-Rusia
#perjanjian damai
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan