awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran PADU cecah 1 juta, Rafizi mohon bantu daftar golongan kurang mahir digital

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/01/2024
02:40 MYT
Pendaftaran PADU cecah 1 juta, Rafizi mohon bantu daftar golongan kurang mahir digital
Rafizi berkata, seluruh jentera kerajaan turun membantu bagi memastikan risiko keciciran pendaftaran PADU dapat diminimakan bagi melaksanakan subsidi bersasar. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan pendaftaran dalam Pangkalan Data Utama (PADU) telah mencapai 1 juta pengguna setakat awal pagi, pada Selasa.
Beliau berkata, jumlah pendaftaran pengguna itu termasuk golongan yang berumur bawah 18 tahun.
"Teruskan momentum untuk beralih ke bantuan bersasar.
"Saya mohon kerjasama bantuan rakyat untuk mendaftar melalui http://padu.gov.my dan membantu ibu bapa, keluarga dan jiran yang kurang mahir digital.
"Jika ada keluarga miskin di sekeling kita, mohon bantu untuk daftarkan mereka," katanya dalam laman sosial X, pada Selasa.
Seluruh jentera kerajaan turun membantu untuk memastikan kita meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran #PADU Saya mohon kerjasama dan bantuan rakyat dalam beberapa perkara: 1) bagi yang belum mendaftar, mohon mendaftar di https://t.co/zYbX1N3al7
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 9, 2024
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, seluruh jentera kerajaan turun membantu bagi memastikan risiko keciciran pendaftaran PADU dapat diminimakan bagi melaksanakan subsidi bersasar.
Sistem PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data menerusi portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.
Topic Berkaitan
#PADU
#Rafizi Ramli
#pendaftaran
#kurang mahir digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan