GEORGE TOWN: Pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pulau Pinang masih rendah dengan jumlah yang mendaftar sekitar 10 peratus setakat ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sejak program itu dimulakan pada 28 Februari lalu, seramai 113,672 individu telah mendaftar manakala 5,172 individu sudah menerima vaksin.
Kon Yeow berkata, sambutan rakyat terhadap program imunisasi di negeri itu masih perlahan dan berharap jumlah itu akan terus bertambah dalam tempoh terdekat.
“Di Pulau Pinang kita sasarkan 1.3 juta penduduk akan mendaftar menerima suntikan vaksin, tetapi jumlah setakat ini sekitar 10 peratus sahaja selepas program pendaftarn bermula dan kita mengharapkan jumlah itu akan terus meningkat… mana-mana individu yang mendaftar awal mereka berpeluang mendapat suntikan awal, ia sekali gus memberi galakan untuk lebih ramai mendaftar (untuk divaksin),” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Kon Yeow berharap lebih ramai rakyat Pulau Pinang segera mendaftar dan tidak hanya mengambil langkah tunggu dan lihat meskipun pemberian vaksin fasa pertama ini memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan.
Dalam pada itu, Kon Yeow berharap program vaksinasi itu dapat dilaksanakan dengan adil dan tidak berlaku tindakan memotong barisan dan sebagainya dalam usaha memberi keyakinan rakyat terhadap program itu dapat ditingkatkan.
Berkongsi pengalaman sebagai antara penerima awal vaksin COVID-19 , Kon Yeow berkata, beliau tidak mengalami sebarang gejala melainkan sedikit rasa sakit di bahagian suntikan.
Hampir tiga juta individu di seluruh negara sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 08 2021

Chow Kon Yeow berkata, sambutan rakyat Pulau Pinang terhadap program imunisasi di negeri itu masih perlahan dan berharap jumlah itu akan terus bertambah dalam tempoh terdekat. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.

Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima
ASP Mohd Dzaiful berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.

409,784 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham Baba
Sejumlah 609,153 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,018,937.

264,584 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham
Bagi tempoh sama, 506,069 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin covid-19 di negara kini adalah 770,653.

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.

Lebih 74,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19
Seramai 74,289 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

COVID-19: 413,255 individu terima suntikan vaksin setakat 20 Mac
Daripada jumlah itu, seramai 402,650 individu menerima suntikan dos pertama manakala 10,605 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Pemandu lori kargo Malaysia mula terima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura
Beberapa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini.

Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad.

Khairy Jamaluddin bakal terima vaksin Sinovac tengah hari ini
Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad dijadualkan melakukan suntikan kepada Khairy Jamaluddin.