awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran Tanggungan dalam MySejahtera dilancar esok, mudahkan warga emas mendaftar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/03/2021
08:39 MYT
Pendaftaran Tanggungan dalam MySejahtera dilancar esok, mudahkan warga emas mendaftar
Elemen baharu pada aplikasi MySejahtera yang dikenali sebagai Pendaftaran Tanggungan itu akan dilancarkan pada Jumaat. - Gambar fail/ Bernama
REMBAU: Kerajaan akan melancarkan elemen baharu dikenali sebagai Pendaftaran Tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas, pada Jumaat.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, elemen berkenaan yang sebelum ini ditangguhkan bagi penambahbaikan kini sudah sedia digunakan.
"Ia tertangguh sebentar kerana saya minta aplikasi ini betul-betul lancar. Pembangun aplikasi sudah memberitahu saya ia boleh dilancarkan esok (Jumaat).
"Jadi esok kita akan lancarkan Pendaftaran Tanggungan. Selepas esok, orang ramai boleh mendaftarkan (pendaftaran vaksin) untuk ibu, bapa, datuk atau nenek mereka.
"Ia lebih mudah," katanya pada sidang media selepas beliau menjadi penerima pertama vaksin Sinovac di Hospital Rembau pada Khamis.
[TERKINI] Khairy penerima pertama suntikan vaksin Sinovac
BACA: MySejahtera: Daftar tanggungan bagi vaksinasi mula pertengahan Mac
Tambahnya, bilangan pendaftaran penerima vaksin untuk PICK Fasa Dua masih rendah dan beliau berharap langkah berkenaan mampu meningkatkan angka pendaftaran bakal penerima vaksin.
Dalam pada itu, mengulas cadangan supaya kerajaan mempermudahkan pendaftaran vaksin, Khairy berkata, proses ketika ini sudah dianggap mudah kerana tidak banyak soalan ditanya ketika pendaftaran.
"Itu (soalan) minimum kami perlu tahu. Alamat kita minta sebab nanti bila kita beri tarikh temu janji untuk suntikan vaksin, kita akan beri sekali dengan tempat pemberian vaksin.
"Sudah pasti kita akan memilih untuk hantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdekat," ujarnya.
Cadangan itu sebelum ini disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata proses pendaftaran vaksin perlu dipermudahkan kerana ia dilihat terlalu rumit ketika ini.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan
#tanggungan
#warga emas
#Pendaftaran tanggungan
#Khairy Jamaluddin
#MOSTI
#MyVaksinCOVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan