PUTRAJAYA: Pendaftaran tanggungan (dependant) untuk vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada pertengahan Mac, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
"Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin," kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam sidang media di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 di sini hari ini.
Terdahulu beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani proses vaksinisasi COVID-19 di pusat kesihatan itu, yang menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Khairy berkata pendaftaran untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bermula semalam menerusi platform iOS, Android serta Huawei, dan sebanyak 465,081 pendaftaran vaksinasi menerusi MySejahtera diterima sehingga pukul 2.45 petang hari ini.
"Pada awalnya, heboh di media sosial mengatakan hanya pengguna Apple sahaja boleh mendaftar. Ini tidak benar. Kita telah menghantar permohonan mengemaskini MySejahtera untuk semua sistem operasi (OS) talian bimbit, tetapi platform-platform ini mengambil tempoh masa yang berbeza-beza untuk memaparkan perubahan yang telah dibuat di platform masing-masing," katanya.
Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang belum memuat turun aplikasi atau mengemas kini MySejahtera untuk berbuat demikian bagi membolehkan logo Vaksinasi COVID-19 dipaparkan.
"Secara ringkasnya, anda perlu mengesahkan maklumat anda, kemudiannya menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kesihatan dan seterusnya, tekan butang hantar," katanya.
Beliau berkata maklumat yang dihantar akan dipadankan (cross-checked) dengan maklumat yang terkumpul di MySejahtera seperti rekod kesihatan daripada pusat kesihatan kerajaan atau swasta.
"Maklumat yang diterima menerusi pendaftaran di MySejahtera akan diproses bagi menyediakan senarai penduduk di Malaysia bagi mendapatkan vaksinasi mengikut keutamaan," katanya.
"Selain aplikasi MySejahtera, pendaftaran melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my dan talian hotline dijangka bermula 5 Mac ini,'' katanya.
Beliau berkata pendaftaran secara manual juga akan diperkenalkan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
"Kita juga akan menggerakkan program sukarelawan untuk menjayakan program bantuan bagi kawasan luar bandar dan pendalaman," katanya.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bertemakan "Lindung Diri, Lindung Semua" itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi itu adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin. - Gambar fail/ Bernama

PRU15 | Tun M sedia kerjasama dengan mana-mana pihak
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi pendirian sedia bekerjasama dengan mana-mana untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini termasuk Perikatan Nasional (PN).

PKPD | Beberapa kawasan di Tawau, Kota Bharu dan Bentong
Berkuatkuasa hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kawasan di Tawau Sabah, dua kawasan di Bentong dan satu kawasan di Kota Bharu. PKPD ini akan dilaksanakan sehingga 30 April.

PKPD | Penduduk rayu diberi kelonggaran
Sementara itu, biarpun akur dengan keputusan kerajaan, penduduk di Tawau merayu kerajaan beri sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan PKPD supaya mereka ada ruang menjana pendapatan. Jika tidak, mereka mohon kerajaan terus salurkan bantuan bakul makanan, agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.

'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....
Pihak berkuasa mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant.

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

Masa 'musuh' utama Che Adam tawan tujuh puncak gunung
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berjaya menakluki tujuh puncak gunung di Semenanjung Malaysia dalam tempoh seminggu.

40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19 dengan kebarangkalian simptom yang tidak teruk.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught Malaysia kini 1.18 | PKPD di Tawau, Kota Bharu & Bentong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15 - Tun M
Beliau ketika ini berada dalam keadaan serba salah memandangkan keputusan awal yang dibuatnya sebelum ini adalah tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

Capaian internet rendah, faktor pendaftaran vaksin di N. Sembilan rendah
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kawasan berkenaan sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli.

Ramadan: Suntikan vaksin tidak dilakukan waktu malam
Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Jabatan Penerangan jadi pemudah cara bantu rakyat daftar vaksin COVID-19 - Saifuddin
Jabatan Penerangan kini berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu rakyat khususnya golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti, 'Super App'
Aplikasi MySejahtera mampu diperluaskan penggunaannya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau 'Super App'.

10 PATI ditahan menerusi Op Benteng
Sejumlah 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng dalam tempoh 24 jam.

Cuti sekolah: Pengunjung Bukit Bendera sedar, patuh SOP COVID-19
Sepanjang musim cuti sekolah ini, pihak polis akan meningkatkan lagi pemantauan bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

Tarikh akhir pendaftaran vaksin belum dimuktamad - Khairy
Kerajaan setakat ini masih belum memuktamadkan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April - Khairy
Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang membabitkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik akan bermula 19 April ini.

Vaksin COVID-19: Jumlah pendaftaran PICK rakyat Kelantan rendah
Jumlah pendaftaran rakyat Kelantan di MySejahtera adalah sekitar 14.4. peratus atau 177,125 sehingga 24 Mac lepas.

Rentas negara: Teknologi blok rantaian, MySejahtera perlu dimanfaat
Sekiranya proses rentas negara antara Malaysia-Singapura dapat direalisasikan dengan menggunakan aplikasi MySejahtera, ia akan menjadi contoh terutama di peringkat ASEAN.